Majalah Kreko Tamat Penerbitan 2

Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi Selepas Lebih 20 Tahun Bertapak Dalam Industri Komik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mula beroperasi pada Jun 1999, Majalah Kreko merupakan sebuah majalah yang diterbitkan di Malaysia yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun kepada bahasa Melayu.

Mengumumkan penamatan penerbitan Majalah Kreko sekitar jam 10 pagi hari ini secara rasmi di laman Facebook rasmi mereka, majalah ini pernah mencapai edaran 90,000 naskhah sebulan dan menjadi yang paling laris di Malaysia.

Majalah Kreko Tamat Penerbitan 1

Majalah Kreko Tamat Penerbitan

Walaupun kebanyakan daripada komik Kreko adalah dari Jepun, Kreko juga menampilkan karya-karya pelukis Malaysia di ruangan Show Off.

https://www.facebook.com/krekokomikremaja/posts/2746803752093442?__xts__[0]=68.ARAhGNRaOkw8FVIDuzVjoecSiyVo0mlKA5wAAscJ-y-1ScspnjW0xau2bNETWpaj3pBUI9M68jVrNzk9vHS8rMFQu1M8_KVWFWstgcJsMdI5Ih50BXuOpl_Ohz1uizCxyfQrmE1-Cm8WLF1XXc3w74zikxiMXnLPhfQYqGqGXiaz0YPOwW4rjr7_AwhG9GP4sVhKAux2CrX2XlJsMXkPQ0nM5n4pd504sAaIzb0BDnUT8E08wQ2UfetjypmImk0zPwAhVAwcO7348F2xv9wr9sqNPyI15ed3f_Yh8hOY_DPa2szurJ0W8cdvFcJQEGrxN5wBUIzWCaD-xcPkn68jFw&__tn__=-R

Akui ini bukanlah satu keputusan yang mudah kerana tempoh masa Majalah Kreko bertapak di Malaysia sudah melebihi 20 tahun, ianya terpaksa diambil kerana sudah tiada pilihan lain.

Menzahirkan penghargaan kepada penyokong dan pengikut siri-sirinya, Majalah Kreko yang diterbitkan pada 21 November adalah isu terakhir keluaran mereka.

Pada tahun 2016, masalah ekonomi telah menyebabkan dua syarikat percetakan besar terpaksa menamatkan operasi mereka iaitu Tora Aman dan Comics House.

Sambutan Hari Rambo Sedunia.

Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.