
‘Mainlah Seperti Liverpool’ – Nasihat Mufti Wilayah Kepada Arsenal
“Mainlah seperti Liverpool,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, apabila beliau diminta seorang pengikut media sosial untuk memberi ‘nasihat’ kepada Arsenal.
Pertanyaan itu muncul apabila Dr Zulkifli melampirkan tulisan blog berkaitan perlawanan Liverpool dengan Red Bull Salzburg yang mana ia menulis pengajaran berdasarkan keputusan perlawanan tersebut – Liverpool diikat seri 3-3 dengan Red Bull Salzburg.
Mainlah seperti Liverpool https://t.co/AfBKSS9d46
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 3, 2019
Dr Zulkifli turut bersetuju dengan cara permainan pasukan Arsenal tetapi ia tidak sebaik Liverpool.
Baik cuma tak sebaik Liverpool https://t.co/VLToRwDHbF
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) October 4, 2019
Menjadikan perlawanan menentang Red Bull Salzburg pada peringkat kumpulan kejohanan Champion League sebagai contoh, beliau berkata ciri utama Liverpool yang perlu diikuti adalah tidak menjadikan kegagalan sebagai alasan berputus asa.
“Antara pengajaran yang kami dapati daripada permainan tersebut ialah permainan secara kombinasi. Semangat berpasukan dan persefahaman yang tinggi dalam kalangan pemain Liverpool menghasilkan empat gol berkelas dunia.

“Pengajarannya, jika kita ingin berjaya dalam hidup kita ini, kita perlukan pasukan ‘sahabat’ yang baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain,” coretnya menerusi Qalam Mufti #48 hari ini.
Coretan tersebut juga mengingatkan agar tidak berada terlalu selesa dengan apa yang dimiliki ketika berada dalam kesenangan kerana ia mungkin membahayakan. Tambahan, kegagalan bukanlah alasan untuk berputus asa.
“Pasukan Liverpool telah membuktikan, kegagalan mereka mempertahankan kelebihan gol akibat kelalaian mereka adalah bukan suatu alasan,”.
Beliau juga mengaku bahawa turut meminati bintang Liverpool, Mohamed Salah sejak lirik lagu ‘l’ll be Muslim Too’ yang dinyanyi penyokong Liverpool kepada pemain itu. Kejayaan Salah yang bukan sahaja kerana kelincahan semasa berada di atas padang tetapi sikap yang sentiasa mengutamakan pegangan agama membuatkan Mufti Wilayah tertarik untuk mengikuti perkembangan pemain itu.
Boleh ke pautan ini untuk membaca penulisan penuh beliau yang bertajuk “Liverpool Sang Juara Yang Bangkit Semula”.