Rumah Makan Percuma

Mahu Ringankan Beban, Pasangan Ini Buka ‘Rumah Makan Percuma’ Untuk Semua

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pasangan Di Kedah Buka ‘Rumah Makan Percuma’ Untuk Semua

Tidak dinafikan, masyarakat Malaysia mempunyai sikap bantu-membantu yang sangat tinggi. Sejak pandemik COVID-19 melanda negara, sekali gus ekonomi terganggu kerana penyekatan pembukaan semula sektor yang telah menyebabkan ramai terkesan.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah restoran di Alor Setar, Kedah yang menyediakan makanan percuma kepada para pelanggannya.

Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang terkesan ketika ini, seorang usahawan dan isterinya mengambil inisiatif membuka Rumah Makan Percuma di sini untuk menyediakan makanan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

Memetik laporan media tempatan, pasangan itu sanggup membuka kedai khas tersebut untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.

Jaffri Ahmad, 56, berkata dia merancang melakukan kerja amal itu bersama isterinya, Mazlina Makaruddin, 53, sejak sekian lama, namun tertangguh akibat sibuk dengan urusan perniagaan.

Katanya, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Idea sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma, apabila COVID-19 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini,” katanya.

Rumah Makan Percuma yang terletak di Simpang Empat, memperuntukkan makanan untuk sekurang-kurangnya 200 orang sehari dan mereka akan menerima kad nombor giliran untuk mengambil makanan.

Rumah Makan Percuma
Sumber: Ayam Bismi Segar Halal Suci

Jaffri juga bercadang menambahnya sekiranya inisiatif itu mendapat sambutan.

Beliau yang juga pengerusi sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan ayam berkata, dua orang tukang masak akan menyediakan makanan setiap hari dengan bahan utamanya adalah beras, ayam dan sayur-sayuran.

Di Rumah Makan Percuma menyediakan pelbagai menu tengah hari menarik seperti nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis beserta minumam. Kedai ini beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

https://www.facebook.com/AyamBismi/posts/3313311902052587

Pemilik restoran ini mengatakan modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi melakukan kerja amal berkenaan. Dalam pada itu, mereka turut mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang dalam inisiatif itu dan berharap ia akan dapat membantu terutama golongan yang kurang berkemampuan.