Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Keluar Rumah 3

Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Ingkar Arahan Kuarantin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mahu pantau perniagaan,” itu alasan seorang pengusaha nasi kandar yang telah mengingkari arahan kuarantin di rumah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seorang pengusaha nasi kandar di Pekan Napoh, Jitra yang baru pulang dari India 13 Julai lalu telah melanggar arahan kuarantin yang dikenakan atas alasan mahu pantau perniagaan yang dijalankannya.

Beliau dikesan memakai gelang tangan merah jambu yang menjadi tanda seseorang individu tersebut berada di bawah pengawasan (PUS) di restorannya semalam.

Hasil aduan orang awam, beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kali kedua minggu depan telah ditahan pada jam sembilan pagi tadi dan dikenakan kompaun RM1,000.

Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Keluar Rumah 1
Sumber: Sinar Harian

Kes individu yang memakai gelang tangan merah jambu tidak mematuhi prosedur operasi standard belakangan ini semakin meningkat.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sekiranya individu tersebut gagal mematuhi arahan, mereka boleh disabitkan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan seramai 50% daripada mereka yang pulang ke tanah air tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah tegas dengan menguatkuasakan kuarantin wajib kepada semua yang tiba di Malaysia tidak kira sama ada mengikutu jalan udara, laut atau darat di stesen kuarantin yang ditetapkan kerajaan bermula hari ini.

Mengenai kos pula, ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat yang dikuarantin membabitkan kos harian dan ujian swab.

Sebelum ini, seorang wanita di Ipoh yang keluar makan bersama ‘gelang merah jambu’ di sekitar Bandar Meru Raya telah menjejaskan 100 peniaga yang mengalami kekurangan pelanggan yang gusar dengan keselamatan mereka.

BACA: 100 Peniaga Sekitar Bandar Meru Raya Terjejas Gara-Gara Makcik Gelang Merah Jambu

Disahkan wanita warga emas berusia 72 tahun itu positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 17 Julai lalu.