Universiti Benarkan Pelajar Reka Soalan Sendiri

Mahu Kurangkan Tekanan, Universiti Ini Benarkan Pelajar Reka Soalan Peperiksaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mahu Kurangkan Tekanan, Universiti Ini Benarkan Pelajar Reka Soalan Peperiksaan.

Keresahan, kesedihan dan ketidaktentuan, tentunya ditafsirkan secara berbeza bagi setiap individu kerana masing-masing ada dugaan dan tanggungjawab yang perlu dihadapi.

Pandemik membuatkan segelintir motivasi pelajar menurun selepas kemungkinan pelajar berputus asa dan hilang keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

Menyedari begitu pentingnya kesihatan mental lebih-lebih lagi pada era pandemik ini, sebuah universiti di India membenarkan para pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan semester untuk mereka soalan sendiri.

Menurut India Today, Institut Teknologi India (IIT) Goa berbuat demikian untuk meredakan tekanan para pelajarnya. Mereka diminta untuk menyiapkan soalan sendiri dari keseluruhan pengajian semester yang terdiri daripada 30 kuliah.

“Soalan-soalan harus mencerminkan pemahaman anda tentang kursus dan juga harus dijawab dalam masa 2 jam. Dilarang berbincang dengan rakan anda. Jika terdapat persamaan, markah anda akan dikurangkan.” seperti yang ditulis pada kertas soalan.

Universiti Benarkan Pelajar Reka Soalan Sendiri

Difahamkan, kertas soalan dari IIT Goa itu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada 30 markah, yang mana pelajar perlu mereka soalan sendiri.

Kemudian pada bahagian kedua, pelajar perlu menjawab soalan yang dibuat tadi untuk memenuhi 40 markah.

Keadaan yang masih belum menunjukkan penurunan penularan pandemik memaksa para pelajar membatalkan peperiksaan akhir mereka kerana kelas terpaksa diadakan secara dalam talian hampir sepanjang tahun.

Kertas soalan dari IIT Goa itu menjadi bualan hangat para pelajar di universiti lain kerana kaedah uniknya.

Ramai juga pelajar mencadangkan untuk menerapkan kaedah peperiksaan sebegitu untuk universiti mereka bagi memastikan bahawa pemarkahan pelajar tidak terkesan pada ketika ini.

Kaedah ini dapat memperlihatkan sejauh manakah pemahaman para pelajar untuk sesuatu subjek sepanjang sesi pembelajaran alaf baharu.

Sumber: India Today