
Mahu Hidup Selama-Lamanya, Lelaki Belanja Lebih RM8 Ribu Sebulan, Telan 60 Pil Sehari
“Saya mahu hidup selama-lamanya jika boleh, namun ia tidak mungkin, jadi saya akan melakukan segala yang mampu untuk kekal hidup lebih lama.”
Demikian ujar Leon Kurita-Goudlock, 36, seorang lelaki yang sanggup membelanjakan kira-kira 1,500 pound (RM8,135) sebulan untuk menghentikan proses penuaan agar dia dapat hidup lebih lama.
Dia yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan kini menetap di London berkata, dia juga sanggup untuk menjalani proses ‘membekukan diri’ supaya dia boleh dibangunkan kembali pada masa hadapan.
Leon mempercayai satu proses yang dinamakan ‘biohacking’ iaitu proses menaik taraf fungsi badan dengan bantuan rawatan, ubat-ubatan, pemakanan, aktiviti kecergasan dan kaedah lain.
Ianya juga dikatakan boleh membantu untuk merangsangkan lagi aktiviti otak serta melambatkan lagi proses penuaan.
Dia mula melakukan perubahan drastik dalam hidupnya dengan mengamalkan ‘biohacking tahap 1’ kira-kira 10 tahun yang lalu selepas melihat ibu bapanya bergelut dengan masalah kesihatan.
Kini, Leon dikhabarkan menelan sehingga 60 biji pil sehari untuk menjalani proses tersebut selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat masalah kesihatan.
Biohacking yang diamalkannya membabitkan lima peringkat yang bermula dengan aktiviti kecergasan sehingga tahap terakhir iaitu berpuasa.
“Setiap hari, saya bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi dan melakukan meditasi, pergi ke gim dan minum dua liter air.
“Saya mengawal pengambilan makanan antara 1,500 dan 1,800 kalori sehari serta hanya makan antara 6 petang dan 9 malam, selain berpuasa sepanjang hari,” ujar Leon lagi.
BACA: Kecewa Tinggal Di Bumi? Manusia Dijangka Akan Mula Hidup Di Atas Bulan Menjelang 2030
Sumber: Utusan Malaysia
Trending now



