Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk 3

Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Drama Korea dan tajaan produk bukanlah sesuatu yang asing lagi sehinggakan dalam satu babak, iklan tajaan produk boleh mencecah ratusan kali.

Merupakan strategi yang sangat menarik dengan menggunakan produk-produk tajaan dalam setiap babak, penempatan iklan dalam babak ini bagaimanapun ada risikonya.

Seperti yang berlaku pada drama terbaharu stesen SBS, Joseon Exorcist yang terpaksa ditamatkan pada episod kedua biarpun rating tayangan perdananya menerima sambutan yang baik selepas kontroversi penempatan iklan selain daripada jalan cerita yang dikatakan menyimpang daripada sejarah.

BACA: Terlibat Dalam Kontroversi, K-Drama Ini Ditamatkan Pada Episod 2

Yang terbaharu, drama Snowdrop yang dijadualkan akan ditayangkan pada pertengahan 2021 akan menampilkan Jisoo Blackpink dan Jung Hae-in sebagai pelakon utama turut terima tempias yang sama.

https://www.instagram.com/p/CM1TO4pJ1kT/

Namun JTBC selaku stesen televisyen yang bertanggungjawab menjelaskan bahawa Snowdrop tidak akan menempatkan tajaan PPL (pay per lead) bagi mengelakkan kontroversi.

Malah sinopsis Snowdrop yang mengisahkan mengenai seorang mahasiswa yang masuk ke dalam asrama perempuan dalam keadaan berlumuran darah menambah spekulasi yang mana beliau adalah seorang perisik dan bukannya mahasiswa.

Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk 1

Ini dinafikan sekerasnya oleh JTBC.

Dengan latar belakang tahun 1980-an, tahun 1987 adalah tahun penting dalam gerakan demokrasi Korea Selatan yang membawa kepada penubuhan republik sekarang. Pada ketika itu Badan Perancangan Keselamatan Negara (NSP) merupakan sebahagian daripada rejim penguasa.

Mengambil langkah selamat, sebuah syarikat perabot, Heungil Furniture juga dilaporkan telah memohon untuk membatalkan tajaan mereka daripada drama ini.

Sumber:

  1. Soompi
  2. Koreaboo