
Mahu Berbeza Daripada Orang Lain, Wanita Ini Namakan Anaknya Dengan Lebih 1,000 Huruf
Jika anda merasakan nama budak-budak zaman sekarang di Malaysia sudah terlalu panjang, tahukah anda ada lagi individu dengan nama paling panjang sehingga dinobatkan dalam Guinness Book of World Records.
Memiliki lebih 1,000 huruf dalam namanya, kanak-kanak berkenaan dinamakan sebagai:
“Rhoshandiatellyneshiaunneveshen
kescianneshaimondrischlyndasaccarnae
renquellenendrasamecashaunettethalem
eicoleshiwhalhinive’onchellecaundenesh
eaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesa
undrilynnezekeriakenvaunetradevonneya
vondalatarneskcaevontaepreonkeinesce
ellaviavelzadawnefriendsettajessicanneles
ciajoyvaelloydietteyvettesparklenescea
undrieaquenttaekatilyaevea’shauwneorali
aevaekizzieshiyjuanewandaleccianneren
eitheliapreciousnesceverroneccalovelia
tyronevekacarrionnehenriettaescecleon
patrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloies
alynnecsiannemerciadellesciaustillaparis
salondonveshadenequamonecaalexetiozetia
quaniaenglaundneshiafrancethosharomeshaun
nehawaineakowethauandavernellchishankcarl
inaaddoneillesciachristondrafawndrealaot
relleoctavionnemiariasarahtashabnequcka
gailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoent
escacraigneckadellanierstellavonnemyiat
angoneshiadianacorvettinagodtawndrashirl
enescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquin
ettesequioadaurilessiaquatandamerceddiamae
bellecescajamesauwnneltomecapolotyoajohny
aetheodoradilcyana
Koyaanisqatsiuthawyhaiashieakhauwnne
Williams.”
Disebabkan namanya yang terlalu panjang, beliau dipanggil dengan nama panggilan “Jameshauwnnel” atau “Jamie” dalam kalangan rakan-rakannya.
Ibu Jamie, CoSandra William mendedahkan disebabkan mahu nama anaknya berbeza daripada nama yang mereka gunakan, beliau menghabiskan masa selama enam tahun untuk merancang nama Jamie.
Mempunyai lebih daripada 100 nama depan yang pendek, nama pertamanya banyak merangkumi pelbagai perkara antaranya filem, kereta, negara dan bandar.
Pernah dijemput ke rancangan televisyen Oprah pada tahun 1997 ketika berusia 12 tahun, Jamie sendiri mengakui beliau tidak dapat menulis bahkan menyebut sebilangan besar namanya semasa kecil tetapi masih tetap menyukainya.
Malah Oprah sendiri pernah secara terus bertanyakan kepada ibu Jamie, “apa yang anda fikirkan sebenarnya?”
Banyak menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak terutamanya penjaga rekod selepas dilahirkan kerana namanya yang terlampau panjang, Pendaftar Negeri akhirnya mengeluarkan perintah supaya nama yang melebihi dua baris dengan tulisan bertaip dalam surat beranak rasmi tidak lagi diterima.
Secara jujur mahu memecahkan rekod dunia, tindakan CoSandra dikritik hebat netizen kerana dirasakan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan mengarut.
Jika anda menyesal dengan nama panjang yang diberikan kepada anak-anak anda, ini proses yang boleh anda buat untuk memendekkannya: Menyesal Letak Nama Anak Panjang? Ini Panduan Permohonan Proses Pendekkan Di JPN
Trending now



