Mahershala Ali Filem Blade

Mahershala Ali Bakal Bintangi Filem Reboot Marvel – Blade

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dua hari lepas, Marvel Studios telah mengumumkan senarai filem Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) di dewan H, San Diego Comic-Con.

Antara yang menjadi kejutan dalam kesemua filem yang dibentangkan itu ialah pengumuman filem yang paling lama dikaitkan dengan MCU iaitu filem Blade. Paling menarik sekali, filem reboot ini bakal dibintangi pemenang anugerah Academy iaitu Mahershala Ali.

Mahershala Ali Filem Blade

Mahershala Ali akan memainkan peranan sebagai vampire hunter Blade. Ia merupakan salah satu watak awal adiwira Marvel yang menjadi hit apabila difilemkan. Blade pernah diterbitkan pada 1998 yang dibintangi oleh Wesley Snipes kemudian memegang watak tersebut dalam filem sekuel Blade II (2002) dan Blade: Trinity (2004).

Sebagai pemenang dua anugerah Oscar iaitu menerusi filem Moonlight dan yang terbaru filem Green Book, mungkin tiada masalah untuk Ali memegang watak tersebut. Beliau pernah muncul dalam siri televisyen Marvel Netflix, Luke Cage sebagai penjahat iaitu Cornell “Cottonmouth” Stokes.

Setakat ini tidak diketahui lagi tarikh tayangan filem anti-hero vampire itu. Peminat-peminat Marvel pasti tidak sabar untuk melihat Blade beraksi dalam MCU.

Semenatara itu, berikut merupakan senarai filem dan siri Disney Plus yang sudah disahkan menjadi sebahagian Fasa 4 MCU.

Filem

1. Black Widow (1 Mei 2020)
2. The Eternals (6 November 2020)
3. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (12 Februari 2021)
4. Doctor Strange and the Multiverse of Madness (7 Mei 2021)
5. Thor: Love and Thunder (5 November 2021)

Siri Disney Plus

1. Falcon and the Winter Soldier (6 Ogos 2020)
2. WandaVision (Spring 2021)
3. Loki (Spring 2021)
4. What If (Summer 2021) -siri animasi
5. Hawkeye (Fall 2021)

Marvel Fasa 4
Sumber: Getty Images

Sumber: The Verge, Rappler