
Macam Sinetron, Pengakhiran Kisah 29 Tahun Tertukar Bayi Ini Undang Sebak
Tidak dinafikan, pihak hospital telah memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Namun, ia tidak bermaksud boleh terlepas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes bayi tertukar.
Ingatkan dalam drama saja kes tertukar bayi seperti sinetron popular Indonesia yang pernah ditayangkan di saluran televisyen Malaysia yang berjudul ‘Putri Yang Ditukar’. Rupanya kes bayi tertukar juga sudah berlaku di Malaysia.
Kejadian ini berlaku pada tahun 2007 yang mana sudah 29 tahun keluarga ini tertukar bayi lelakinya.
Kisahnya bermula pada lapan tahun sebelum itu, Zulhaidi Omar perasan seseorang gadis keturunan Cina sering merenung mukanya di sebuah pasar raya di Batu Pahat, tempatnya bekerja. Gadis itu kemudian muncul bersama sepasang suami isteri dan ketiga-tiga bertemunya.
Sepanjang pertemuan, sepasang suami isteri itu yakin Zulhaidi adalah anak mereka dan mereka bersetuju menjalankan ujian DNA dan keputusannya mengesahkan bahawa mereka mempunyai pertalian darah.
Gadis yang sering merenungnya itu rupa-rupanya kakaknya yang mengesyaki bahawa sememangnya Zulhaidi adiknya kerana iras wajah seakan muka ayahnya.
Keluarga itu mendedahkan rahsia mereka demi mengganti nama Zulhaidi kepada nama Cina, selain menukar status agamanya di kad pengenalan daripada Islam kepada Buddha.
Bapa asalnya, Teo Ma Leong menceritakan sebulan selepas kelahiran anaknya, mereka mula berasa hairan kerana bayi itu mempunyai kulit yang lebih gelap dan tidak berwajah seperti anggota keluarga lain.
Sewaktu masih kecil, kata Zulhaidi, dia selalu berasa ganjil apabila dipermain-mainkan kerana wajahnya yang kelihatan seperti seorang anak Cina dan tidak kelihatan seperti pasangan Melayu yang membesarkannya.
Apabila umurnya 13 tahun, Zulhaidi mengambil keputusan meninggalkan keluarga tersebut.
Kata Zulhaidi, bapanya yang berbangsa Melayu meninggalkannya ketika berumur tiga tahun. Ibunya yang pada ketika itu pula, kemudian bernikah lagi tetapi disebabkan Zulhaidi sukar menyesuaikan diri dengan bapa tiri, jadi dia meninggalkan rumah itu.
Teo Ma Leong mengesyaki anak kelimanya, lelaki daripada enam beradik, telah tertukar dengan bayi keturunan Melayu kerana sewaktu Zulhaidi dibesarkan, Teo pula membesarkan seorang anak lelaki dengan usia yang sama.
Bayi itu dinamakan Teo Tian Fa, yang telah berkahwin dengan seorang gadis Cina, tidak pula keberatan menerima Zulhaidi dalam keluarganya dan dia sendiri tidak berminat mencari ibu bapa asalnya.
Menurut Teo Ma Leong, sewaktu mereka memeriksa dengan pihak hospital, mereka tidak mendapat apa-apa jawapan atau penjelasan. Jadi, mereka meneruskan kehidupan membesarkan Teo Tian Fa seperti biasa walaupun terdetik anak sebenarnya ada pada keluarga lain.
Teo juga menceritakan bagaimana isterinya Lim Sik Hai terpaksa melalui fitnah dan gosip liar masyarakat sekeliling yang menuduhnya melahirkan seorang anak daripada perhubungan haram tetapi dia lebih mengenali pasangannya dan yakin penuh padanya.
Mereka mengambil masa lapan tahun untuk mendedahkan perkara sebenar selepas mencuba mendapatkan khidmat guaman tetapi tidak diendahkan.
Kemudian, mereka meminta bantuan pengerusi MCA cawangan Bandar Baru Tampoi pada ketika itu untuk menukarkan identiti Zulhaidi dan membawa kes tersebut kepada kerajaan negeri.
Apa yang memilukan dengan kisah ini, seseorang yang telah Islam selama 29 tahun boleh menerima mudah agama lain dan walaupun Zulhaidi membesar dalam keluarga Melayu tetapi dia tidak diberi didikan yang betul tentang Islam.
Manakala anak Melayu yang dibesarkan dalam keluarga Cina tidak pula berminat untuk mencari keluarga asalnya, mungkin kerana keluarga yang kini telah menjaganya dengan baik.