
Macam Gedung Pembuangan Sampah, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bertemu Penyewa Dari Neraka
Adat dalam menyewa rumah, sebagai penyewa kita sepatutnya menjaga kemudahan yang sudah disediakan oleh tuan rumah dengan sebaiknya. Namun ada sesetengah penyewa yang mengambil kesempatan dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh tuan rumah.
Antaranya menjadi ruang rumah bertukar sehingga kelihatan seperti gedung sampah yang penuh dengan sampah dan barang-barang yang tidak sepatutnya. Bukan kejadian yang pertama kali, kali ini seorang lelaki Hang Dhamin berkongsikan gambar rumah sewa kawannya yang bertukar menjadi gedung sampah.
Apabila melihat kes-kes yang tular di laman sosial, beliau pada awalnya kurang percaya. Namun apabila kejadian ini terkena pada rakannya sendiri sehinggakan anggaran kerugian rumah dikira sebagai total lost, beliau menggelarkan penyewa tersebut sebagai ‘penyewa dari neraka’.
Bukan sekadar tidak membayar sewa, mereka juga terpaksa melakukan laporan polis untuk tujuan keselamatan, mengupah peguam bagi mendapatkan semula kunci daripada penyewa berkenaan, menyewa lori yang sudah memakan kos beribu ringgit bagi memunggah barangan dan membaiki rumah yang sudah rosak.
Berikut merupakan antara gambar keadaan rumah yang telah mengambil masa seminggu untuk dibersihkan dikongsikan dalam album ‘Penyewa dari Neraka’ di Facebook beliau.
https://www.facebook.com/hangdhamin/videos/pcb.10157391778677295/10157391723267295/?type=3&theater
Sebelum vs Selepas
Semoga perkongsian beliau ini menjadi pengajaran kepada tuan rumah untuk lebih berjaga-jaga untuk menyewakan rumah mereka. Kepada penyewa pula, jagalah kebersihan dan kemudahan yang sudah disediakan, janganlah sampai jadi sebegini.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/
Trending now



