Mat Salleh Teruja Guna Alat Telur Separuh Masak Malaysia

“Macam Eksperimen Sains” – YouTuber Mat Salleh Ini Teruja Guna Alat Pembuat Telur Separuh Masak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mat Salleh Ini Teruja Dengan Alat Pembuat Telur Separuh Masak.

Telur separuh masak sememangnya menu lazat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak mengira umur.

Malah, bagi anda yang sedang berdiet dan berusaha untuk menurunkan berat badan, pastinya telur separuh masak menjadi menu pilihan anda.

Untuk penyediaan telur separuh masak, cara biasa yang digunakan dengan memasak atas dapur.

Ada juga alat mengira masa untuk mendapatkan telur separuh masak yang sempurna, itu pun bergantung kepada teknik yang digunakan tukang masak.

Ada lagi satu kaedah paling mudah dan pasti menjadi untuk menyediakan telur separuh masak ini iaitu dengan menggunakan alat pembuat telur separuh masak.

Jika anda perhatikan, kebanyakan kedai kopitiam menggunakan bekas ini untuk menyediakan hidangan telur separuh masak.

Mat Salleh Teruja Guna Alat Telur Separuh Masak Malaysia
Sumber: Suanie.net

Begitu mudahnya menggunakan alatan memasak ini, seorang YouTuber Mat Salleh yang berada di Malaysia, Mark O’dea begitu teruja dengan ciptaan dari tanah air ini.

“Malaysia’s Best Invention Ever?” tulis Mark yang memuat naik video keterujaannya memasak telur separuh masak menggunakan alat tersebut.

“Kawan saya meminta saya untuk membeli alat pembuat telur yang pelik ini.

“Anda hanya masukkan telur, letakkan air panas, tutup dan tunggu ia masak.

“Air tadi mula turun dan telur itu tetap di situ. Macam eksperimen sains,” katanya.

Ujarnya, alat pembuat telur separuh masak itu tidak dikenali di mana-mana negara Barat. Justeru, dia tidak sabar untuk membawanya pulang ke England.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji keberkesanan alatan ini dan turut berbangga kerana ia merupakan hasil ciptaan rakyat Malaysia.

Penciptanya merupakan seorang pengendali jentolak di hutan Kelantan sekitar tahun 1973.

Mat Salleh Teruja Guna Alat Telur Separuh Masak Malaysia
Sumber: The Star

Datuk Hew Ah Kow mula bereksperimen mencari alatan terbaik untuk memasak telur separuh masak yang sempurna selepas beberapa kali gagal mendapat kondisi terbaik.

Awalnya, dia bereksperimen menggunakan tin Ovaltine dengan menebuk lubang dan kemudian isi telur dan air panas di dalamnya.

Ideanya dengan membiarkan air panas tersebut keluar sebelum telur menjadi masak sepenuhnya. Hampir setahun melakukan pelbagai ujian untuk mengetahui nisbah air yang sebetulnya.

Suatu hari, seorang stokis yang mencuba telur separuh masuk yang disediakan Ah Kow mengatakan ia adalah hidangan telur yang amat sempurna yang pernah dirasakan.

Stokis tersebut membeli protaip yang dicipta Ah Kow pada harga RM7000 dan membawanya ke pengeluar plastik, menghasilkannya secara besar-besaran dibawah jenama Newton Egg Maker.

Walaupun ia nampak biasa, alat pembuat telur separuh masak inilah inovasi yang sangat berguna sehingga ke hari ini.

Jika nak beli bekas telur separuh masak ini, boleh ke pautan Shopee DI SINI.