
“Macam Diseret” – Gadis Pelik Terjumpa Kesan Darah Misteri Buat Netizen Seram
Bagi segelintir orang ada yang tidak mengambil pusing soal makhluk halus walau ada disebut penciptaannya dalam Al-Quran.
Ada yang berpendapat tidak penting, tak masuk akal dan pelbagai lagi sebab untuk menidakkannya. Namun hakikatnya, kita tidak dapat lari daripada membicarakan soal ini.
Tular di media sosial, seorang pengguna Twitter memuat naik hantaran beserta gambar yang menunjukkan kesan tompokan darah yang didakwa muncul secara tiba-tiba di rumahnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Twitter @ddgafdat, perkara itu mula disedari olehnya ketika bangun pagi dan telah menimbulkan tanda tanya apabila darah yang ditemui bukan miliknya.
“Bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku ingat ni darah haid ke apa tapi bila cek bukan.
“Lepastu, sebab dia nampak kesan macam tangan , aku lihat tangan dan kaki aku tetapi tiada apa-apa.
“Kesan darah tu ada di lantai dan seperti diseret ke bawah katil,” katanya.
Apa yang lebih misteri, kesan darah itu juga bukan milik haiwan atau serangga kerana dia tidak mempunyai sebarang binatang peliharaan. Tambahan pula, kesan darah itu juga kelihatan agak besar.
“Kalau nak cakap kucing tangkap tikus atau tikus mati adalah tidak masuk akal sebab rumah aku tak ada kucing dan tikus.
Tambahnya lagi, keluarganya juga tidak mengalami sebarang luka dan datang haid pada hari kejadian. Dia juga sudah pastikan dirinya tidak mengalami sebarang luka yang membawa pertumpahan darah.
Menerusi hantaran yang sama, dia mengatakan jarinya mengalami sedikit kesan namun tidak berasa sakit.
Perkongsian itu telah membuatkan rata-rata netizen berasa seram dengan situasi itu. Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah mengalami kejadian yang sama.
“Saya nak kongsi sikit pengalaman saya ‘bersihkan’ rumah. Kena azankan kat tengah-tengah rumah. Buat tiga hari berturut.”
“Rasa macam pernah kena tapi selamba aku cuci, lepas tu pernah masa tengah tidur bau busuk sangat. Ingatkan jiran tak buang sampah, rupanya itu tanda ada ‘benda’ perhati kita. Kalau tiba-tiba bau busuk buat tak tau saja.”
“Dulu pernah jadi juga dekat rumah kampung. Kami bangun pagi tu tengok ada darah dekat depan pintu (dalam rumah). Kesan jari macam ni lepas tu ada darah menitik-nitik. Cari punca taktau dari mana dan taktau kemana dia hilang.”
Menurut gadis tersebut, dia tidak dapat mengesahkan kejadian yang berlaku adalah daripada makhluk halusmakhluk halus atau tidak. Namun, perkara ini telah membuatkannya rasa insaf dan menganggap ia sebagai peringatan diri agar tidak sentiasa lalai dengan dunia.
bangun pagi tadi aku nampak darah ni aku pikir ni darah period ke apa tapi bila check ni bukan darah period . lepastu sebab dia nampak kesan macam tangan , aku check tangan ngan kaki aku kot ada kesan tu . bila aku check takde jugak . sebelah katil macam diseret kebawah katil weh pic.twitter.com/YOHznIj4Qg
— 𝘓𝘺𝘢𝘢 (@ddgafdat) March 11, 2022
Sumber: Twitter @ddgafdat
Trending now



