Cara Produk Timbang Kilo Dihasilkan 3

Macam Buat Kuih, Lihat Bagaimana Wanita Ini Hasilkan Produk Timbang Kilo

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa tahun lepas, tidak dinafikan berlakunya lambakan produk timbang kilo di Malaysia. Sama ada yang diimport dari Thailand mahu pun Vietnam, rata-ratanya terpedaya dengan promosi kulit selicin telur ayam selepas pemakaian selama tiga hari.

Namun pernah tidak anda terfikir bagaimana prduk timbang kilo ini dihasilkan?

BACA: Tak Ada Istilah ‘Reject’, Ketahui Cara Bezakan Produk Minyak Wangi Tiruan Dan Asli

Belakangan ini, tular beberapa klip video daripada aplikasi video, TikTok yang memaparkan seorang wanita menunjukkan cara penghasilan produk timbang kilo.

Beliau yang menggunakan ID @nguyen_thi_uong_nguyen dipercayai merupakan pengasas kepada satu produk kecantikan homemade Nguyen Do.

Cara Produk Timbang Kilo Dihasilkan

Yang agak memeranjatkan apabila proses penghasilan krim timbang kilo ini kelihatannya tak jauh berbeza daripada proses penghasilan kuih.

Cara Produk Timbang Kilo Dihasilkan 1
Sumber: Nguyen Thi Uong Nguyen
Cara Produk Timbang Kilo Dihasilkan 2
Sumber: Nguyen Thi Uong Nguyen

Produk krim super strong yang khas untuk memutihkan kulit.

Em tặng 15 hủ nữa kí dươia bài e sẽ trả lời từng cmt và xin địa chỉ dưới từng cmt luôn các chị có thể đếm luôn ạ.. Khi…

Posted by Nguyễn Thị Uông Nguyên on Tuesday, 17 November 2020

Menurut seorang ahli farmasi, Siti Hawa, produk timbang kilo mengandungi bahan yang terlarang sama ada original atau pun tidak yang mana tindak balasnya berbeza terhadap setiap individu.

“Ada yang mendapat kesan negatif yang teruk, ada yang sederhana, ada yang tidak mendapat sebarang kesan negatif langsung di wajah.

Kalau tidak kesan di wajah, sampingan dia boleh berlaku melalui seperti kerosakan saraf dan buah pinggang. Kita tidak nampak apa yang berlaku di dalam.”

Memang dalam tempoh jangka pendek, ianya memberi kesan yang semua wanita mahukan – kulit tiada jerawat, licin bak telur ayam, putih dan sebagainya, namun ini semuanya disebabkan oleh bahan berbahaya iaitu merkuri yang bertindak menghalang penghasilanan melanin yang berfungsi untuk menghasilkan warna kulit.

Sekiranya anda pernah menggunakan produk timbang kilo dan menghadapi masalah kulit, langkah yang terbaik adalah dapatkan rawatan di klinik bertauliah secepatnya.

Anda juga boleh semak terlebih dahulu di laman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai sesuatu produk sebelum membeli.