filem Ma

‘MA’: Sebuah Filem Seram Psikologi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda bayangkan datang ke tempat yang anda tidak pernah berkunjung, tiba-tiba anda dipelawa oleh seseorang tinggal di rumahnya tetapi dengan syarat yang tidak masuk akal?

Pemenang Oscar, Octavia Spencer dan pengarah Tate Taylor menghasilkan sebuah filem seram psikologi buat pertama kali.

Spencer melakonkan watak sebagai Sue Ann, wanita pertengahan usia yang tinggal seorang diri di bandar Ohio. Suatu hari, dia disapa seorang anak muda bernama Maggie untuk membeli minuman alkohol bersama rakan-rakannya.

filem Ma

Sue Ann mengambil peluang untuk mempelawa sekumpulan remaja itu tinggal dirumahnya. Dia membenarkan kumpulan remaja tersebut berpesta di ruang bawah rumah dengan syarat tidak mabuk, tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat, tidak dibenarkan untuk naik ke kawasan atas rumah dan memanggilnya ‘Ma’.

Namun, semakin lama mereka tinggal di rumah itu, mereka mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila Sue Ann mula taksub dengan aktiviti mereka, sentiasa menjejak aktiviti mereka di media sosial dan juga mengikut mereka ke sekolah.

Perkara itu menjadi mimpi ngeri buat mereka, dan rumah yang mereka tinggal itu bertukar daripada kediaman menarik kepada kediaman yang mengerikan.

filem Ma

filem Ma

Filem Ma turut dibintangi Juliette Lewis, Luke Evans, Diana Silvers, McKaley Miller, Missi Pyle, Corey Fogelmanis, Gianni Paolo dan Dante Brown.

Dari pengarah The Help dan Get On Up, Tate Taylor dan penerbit Jason Blum membawa anda filem seram dengan watak utama dari pelakon hebat Octavia Spencer.

Pastinnya filem Ma akan membawa anda melihat tidak semua orang yang tidak dikenali ini, kita perlu mudah beramah mesra. Orang tidak selalu ingat apa yang kita katakan kepada mereka tetapi mereka akan ingat perasaan diperkatakan itu.

Bakal ditayangkan di pawagam 25 Julai ini, tonton dahulu trailer filem ini di pautan di bawah:

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana ‘MA’ di MBO Starling, 23 Julai 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan mengisi borang di bawah.