Lagu Sekarang Kejar Pendengar M. Nasir 2

M. Nasir Pernah Digam Hanya Kerana Pertanyaan ‘Siapa Mahathir?’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda penyanyi lagenda, M. Nasir pernah digam hanya kerana bertanya, “siapa Mahathir?”

Pertanyaan yang diutarakan pada tahun 1996 telah menyebabkan komposer berusia 63 tahun (2020) digam daripada radio dan televisyen kerana dianggap bersifat biadap terhadap Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA: Lagu Sekarang Terlalu Kejar Pendengar Hingga Kurang Kreatif, Tiada Eksperimen – M. Nasir

Semasa ditanyakan semula selepas 20 tahun berlalu, M. Nasir melahirkan rasa tidak minat beliau untuk mengulas mengenainya.

“Saya tak suka bincang isu ini. Tak mendatangkan hasil.”

– M. Nasir (Program Magnum Opus 40 Tahun M. Nasir Kembara ke Solo, 2017)

Dua patah perkataan bertanya itu ditanya ketika beliau diasak wartawan pada ketika beliau bergegas mahu pulang ke Singapura selepas mendapat berita ayah mentuanya sudah meninggal dunia.

Pada ketika itu, M. Nasir tidak dapat hadir latihan sempena Malam Puisi Utusan yang menampilkan Tun Mahathir sebagai tetamu kehormat kerana menghadiri majlis pengebumian ayah mentuanya adalah jauh lebih penting daripada majlis tersebut.

M. Nasir Pernah Digam Hanya Kerana Pertanyaan ‘Siapa Mahathir’
Sumber: PeoplePill

Pertanyaan yang digembar gembur media itu kemudiannya dinafikan syarikat naugan beliau, BMG yang telah menghantar surat penafian kepada akhbar Utusan Malaysia selain daripada kepada Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri bagi menjelaskan letak duduk cerita sebenar.

Namun Timbalan Menteri Penerangan pada ketika itu, Datuk Seri Sulaiman Mohamed telah mengeluarkan larangan agar karya M. Nasir tidak disiarkan di medium radio dan televisyen sehingga menyebabkan konsert beliau di Kedah dan Selangor untuk tahun tersebut terpaksa dibatalkan.

Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim (1 Disember 1993 – 2 September 1998) menggesa agar kontroversi melibatkan M. Nasir diselesaikan secepat mungkin kerana ianya tidak akan menguntungkan sesiapa dan meminta agar keputusan adil diambil dengan mendengar sendiri cerita di pihak artis.

Tindakan menggam M. Nasir sentiasa menjadi titik tolak yang menggambarkan tahap kebebasan bersuara artis semasa era pentadbiran Tun Mahathir sepanjang bergelar Perdana Menteri ke-4 Malaysia (16 Julai 1981-31 Oktober 2003).

BACA: Digelar ‘Harimau’ Oleh Musuh, Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Permainan Politik Tun Mahathir

Walau bagaimanapun, ironinya Tun M yang berada di barisan pembangkang pada 2017 telah mengeluarkan kenyataan memuji kepada Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang menyatakan pendapat dan pandangan demi masa depan negara secara terbuka di laman media sosialnya.

Sumber: Wikipedia, Lib Perdana, Ibnu Hasyim