Luxembourg Jadi Negara Pertama Tawar Pengangkutan Awam Percuma Ke Seluruh Negara

Luxembourg jadi negara pertama menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma ke seluruh negara. Negara berkenaan mengambil langkah drastik bermula 1 Mac ini yang jika dilihat pada jarak wawasan terdekat akan membawa kepada kerugian negara.

BACA: Kerajaan Kaji Cadangan Had Laju Motosikal Kapcai Kepada 70km/Jam Elak Kemalangan

Menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma kepada seluruh rakyat di seluruh negara, langkah ini diambil demi memastikan kelestarian alam sekitar negara dijaga selain daripada mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Luxemborg Negara Pertama Tawar Perkhidmatan Pengangkutan Percuma
Sumber: Expatica

Hanya berkeluasan separuh daripada Negeri Sembilan, Luxembourg sebenarnya sudah menawarkan perkhidmatan ini sejak 2018 lagi namun hanya diterhadkan kepada individu bawah 20 tahun dan di beberapa bandar sahaja.

Luxembourg jadi negara pertama tawar pengangkutan awam percuma ke seluruh negara

Mempunyai populasi penduduk sekitar 600,000, Luxembourg menjadi negara pertama yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma ke seluruh negara termasuklah bas, tram dan kereta api kecuali sekiranya menggunakan gerabak kereta api kelas pertama dan perkhidmatan perjalanan bas malam terpilih.

Di Malaysia pula, kerajaan menyediakan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 bagi meringankan beban rakyat bandar serta menggalakkan penduduk bandar menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak.

Dilancarkan pada 1 Disember 2018 oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad, kad eksklusif untuk warganegara Malaysia ini sah untuk tempoh 30 hari bermula dari hari pertama digunakan.

Sumber: Amanz, Mobilities