
Lumba Lari Di Jalan Raya Jadi Trend Remaja Di Indonesia Ganti Lumba Haram
Lumba Lari Di Jalan Raya Jadi Trend Remaja Ganti Lumba Haram
Kita sedia maklum, kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri.
Namun, sebuah video yang tular baru-baru ini pasti membuatkan anda seakan tidak percaya. Menerusi video yang berdurasi 14 saat, suasananya riuh dengan sekumpulan remaja di jalan raya seakan acara lumba haram.
Lumba motor ❌
Lumba lari ✔️ https://t.co/gU2yn2QlN6— wahyu ilahi (@WahyuYordan) September 14, 2020
Tetapi, apabila diamati video tersebut, rupa-rupanya ia merupakan acara lumba lari. Difahamkan, acara lumba lari itu berlaku di Kabupaten Bogor, Indonesia.
Menurut Vice Indonesia, acara lumba lari seumpama itu telah menjadi trend di beberapa wilayah di Indonesia seperti Depok, Tangerang, Bogor, Yogyakarta, Palembang dan Padang.
Para peserta akan mempromosi diri mereka dengan beberapa kelebihan yang mereka miliki seperti berat badan, tinggi, dan kondisi kaki pelari.
Sprinter Road Race.
spek tertera, yg berminat dm aja. pic.twitter.com/dOXFZQGrio
— Я (@rxldfxr) September 9, 2020
Salah seorang peserta lumba lari yang dikenali sebagai Amar berkata, dia mula terlibat dalam aktiviti itu secara sukarela apabila dicabar oleh rakan-rakannya.
Sehingga kini, aktiviti lumba lari itu makin mendapat tempat dalam kalangan remaja sejak Mac lalu dan Amar mendakwa belum ada lagi yang mampu menandinginya.
Ia bukanlah aktiviti lumba lari biasa kerana peserta yang menang akan mendapat habuan – konsepnya lebih kurang sama dengan lumba haram manakala trek larian pula sepanjang 100 meter.
Walaupun aktiviti ini tidak melibatkan kemalangan seperti lumba haram, ia tetap menjadi kesalahan kerana telah mengganggu pengguna jalan raya lain.
Macam ini pun boleh ya?
Trending now



