Realiti Hitam Industri K-pop 4

Luaran Nampak Sempurna, Tapi Ini Realiti Sisi Gelap Sistem Industri K-Pop Yang Ramai Tak Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Makanan halal didefinisikan sebagai semua jenis makanan yang boleh dimakan oleh manusia dan diperbolehkan menurut syariat Islam. Tidak dicampurkan dengan unsur-unsur haram antaranya cara penyediaan dan bahan yang haram dalam Islam adalah antara aspek penting yang mendefinisikan makanan halal.

Seorang lelaki, Hazhari Ismail telah berkongsi mengenai isu makanan halal yang sentiasa dihadapi oleh pelancong Muslim yang travel ke luar negara terutamanya ke negara yang minoriti penduduknya adalah penganut agama Islam di satu hantaran laman Facebooknya.

Makanan Halal
Sumber: Ebaba

Berpendapat bahawa berkunjung ke negara orang dan merasai pengalaman seperti orang tempatan adalah satu perbuatan yang tidak salah bagi orang Muslim selagi masih menjaga panduan batas halal haram dalam Islam.

Turut berkongsi pengalaman sewaktu menyambung pelajaran di luar negara, Hazhari dan rakan-rakannya mengambil jalan penyelesaian dengan memasak sendiri di rumah.

Kerana terlalu risau termakan makanan yang tidak halal, beliau pernah juga merasai pengalaman menjadi seorang vegan; makan segala jenis daun, sayur dan salad dengan sos mayonis dan keju.

Untuk memudahkan perjalanan travel, anda bolehlah bawa mi segera atau belajar untuk membaca kod bahan kandungan pada belakang paket makanan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209655104347150&set=a.2260712670052&type=3

Kalau anda jenis yang tak makan mi segera, jenama Adabi dan Brahim’s ada menyediakan makanan segera berasaskan nasi; cuma perlu dipanaskan dengan menggunakan ketuhar. Hazhari turut menasihati para pelancong Muslim yang ingin travel ke negara luar supaya tidak hanya memperincikan itinerary, tetapi turut menyenaraikan panduan makanan halal.

Perkara ini penting agar perjalanan pelancongan menjadi lebih mudah dan selamat selain daripada dapat mengekalkan kesucian diri dan tubuh badan sebagai seorang yang beragama Islam.