
Luah Mahu Beli Powerbank, Adik Tunaikan Hasrat Abang Dengan ‘Powerbank Pening’ Homemade
Powerbank merupakan salah satu benda yang perlu dimiliki oleh setiap pengguna telefon bimbit sebagai ‘bekalan kecemasan’ semasa bateri telefon bimbit sudah kehabisan tenaga.
Seorang pengguna Twitter dengan ID @Goodensora berkongsikan kisah beliau yang menyuara hasrat mahu membeli powerbank apabila sudah mendapat gaji kepada adiknya.
Tanpa disangka, adiknya telah mencipta powerbank handmade daripada kotak untuk dihadiahkan kepadanya.
Bukan ciptaan biasa-biasa, ‘Powerbank Pening’ ini mampu menjalankan fungsi yang sama seperti powerbank biasa. Tak percaya? Boleh lihat sendiri video di bawah.
https://twitter.com/Goodensora/status/1153653291328270336
Sebagai abang, beliau sentiasa memberikan sokongan kepada adiknya. Katanya, adiknya yang kini bakal memasuki usia 14 tahun akan melakukan penambahbaikan kepada powerbank tersebut di bawah subjek Reka Bentuk Teknologi.
Hebat bukan? Baru berusia 14 tahun sudah boleh menghasilkan rekaan teknologi sendiri. Hanya dengan menggunakan kotak dan beberapa alatan lain, niat murni beliau untuk menghadiahkan abangnya sebiji powerbank berjaya ditunaikan.
Sumber: Goodensora
Keropok paling lejen di Malaysia.
Mat Salleh elak makan keropok Durian
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.