Lt Lohappriya, Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM 2

Lt Lohappriya, Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah seorang juruterbang wanita India Malaysia pertama ini telah mendapat perhatian yang luas di Malaysia.

BACA: Tular Tentang Budaya ‘Ayah Long’, Apa Sebenarnya Konsep Patriarki?

Wanita masa kini semakin diberi peluang untuk sama-sama menceburi bidang yang dahulunya hanya diceburi oleh lelaki termasuklah bidang penerbangan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), seorang wanita India berjaya mencatat sejarah sebagai juruterbang wanita India Malaysia yang pertama.

Lt Lohappriya, Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM
Sumber: Parthiban Al Muniandy

Beliau, Lt Lohappriya Manisegaran telah menerima Sayap Penerbangan pada Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18 yang berlangsung di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, Alor Setar.

Lt Lohappriya, Wanita India Malaysia Pertama Bergelar Juruterbang TUDM 1
Sumber: Facebook TUDM

Majlis penyampaian kepada 38 pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan Institut Penerbangan 2 (INSPEN 2) yang terdiri daripada lapan orang calon juruterbang pesawat pejuang, 15 orang calon juruterbang pesawat angkut dan 15 orang juruterbang helikopter yang bakal berkhidmat di dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dijalankan dalam keadaan norma baharu.

https://www.facebook.com/PortalTUDM/posts/3441136725973949

Sebelum ini beberapa wanita Malaysia telah mencatatkan sejarah yang membanggakan Malaysia.

Antaranya pada 2019, seorang pelajar  seni bina, Siti Nurafaf Ismail dari Universiti Malaya telah membanggakan Malaysia apabila diumumkan sebagai pemenang RIBA Norman Travelling Scholarship.

BACA: Pelajar Malaysia Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Seni Bina Antarabangsa Dalam Kajian Bantuan Bencana

Kemenangan ini juga memberikan beliau gelaran Wanita Asia Pertama yang memegang gelaran itu sejak tajaan ini dimulakan pada tahun 2006.

Siti mengalahkan ribuan pelajar seni bina lain dengan kertas cadangan penyelidikannya ‘Architecture of Humility’ yang mana akan melihat kepada peranan arkitek dalam komuniti masyarakat di zon bencana.

Selain itu dalam tahun yang sama, seorang doktor junior di Hospital Royal Derby, United Kingdom, Farah Roslan tampil dengan idea mahu menghasilkan hijab pakai buang steril yang boleh digunakan semasa berada di kawasan bilik pembedahan.

BACA: Doktor Wanita Malaysia Ini Perkenal Hijab Pakai Buang ‘Steril’ Pertama Di Hospital UK

Mahu memperkenalkan penggunaan hijab secara meluas di peringkat global, pakar bedah konsultan, Gill Tierney yang merupakan mentor kepada Farah percaya hijab tersebut adalah yang pertama diperkenalkan di UK.