
LRT Digantung 7 Hari – “Engineer Kulit Putih, Mata Biru Jugak Yang Terpaling Dipercayai”
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park kini telah digantung selama 7 hari bagi mengenal pasti punca kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).
Selain dari menanti bantuan dari pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group, pakar-pakar jurutera dari Istanbul, Turkiye dan Toronto, Kanada, juga turut dijemput untuk sama-sama membantu menyelesaikan isu ini dalam masa 7 hari.
Menurut seorang jurutera dan pakar tempatan, Ir Abdul Rahman Bahasa, perkara ini berlaku kerana negara kita terlalu bergantung kepada teknologi luar.
Dalam hantaran di Facebooknya berikut, beliau turut menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang gemar mengagung-agungkan golongan ‘Mat Salleh’ seolah-olah negara kita sendiri tidak mempunyai tenaga pakar yang sama handalnya.
Jom baca pandangan beliau mengenai isu LRT ini yang wajar diberikan perhatian dan direnungkan bersama.
Aku tak pelik bila LRT jajaran Kelana Jaya down 7 hari untuk further investigation.
Sebab RapidKL kata nak dapatkan bantuan pakar dari Kanada.
Sebab apa Kanada? Sebab OEM system LRT tu origin dari Toronto, Kanada (Thales Group).
Then, sebab apa 7 hari pulak?
Ye lah..Pakar nak fly dari Kanada ke KL je dah makan 1 hari.
Pakar landed Malaysia, masih jet lag pun dah kena masuk meeting. Bila tengah jet lag, tak leh nak fikir dengan baik..Pakar tengok maintenance record and bla-bla pun slow je, dah makan lagi 1 hari.
Then, site visit and root cause analysis, lagi 1 hari.
Next, recommendation and fixing – 1hari.
Pre Testing after fixing – 1 hari.
Final Testing and wrap up documentation – 1 hari.
1 hari buffer, kot-kot root cause tak jumpa masa site visit.
Total 7 hari.
Activity-activity kat atas ni just general je based on pengalaman aku bila deal ngan job root cause analysis. Maybe dia orang ada method lain.
Tapi apa yang terpaling confirm. Sekali Canadian ni turun, confirm paling kurang rate dia gedebuk gedebak boleh bayar 10 local Fresh Engineer selama setahun!
Benda ni biasa sangat dah jadi. Hahaha..🤣🤣
Bukan kat LRT je. Cuba tanya Engineer O&G, kilang-kilang, factory-factory dan seumpamanya..Memang gitulah hakikatnya.
KITA NI TERLALU BERGANTUNG KEPADA TEKNOLOGI LUAR! Bila jadi macam ni. Memang harulah. Sebab core technology bukan kita punya.
Tu lah..Aku dah cakap dari dulu lagi. Kita ni kena jadi negara pengeluar…
Tapi tak tercapai-capai hasrat tu. Sebab apa tak tercapai?
Bila kita ada Engineer cerdik pandai. Tak diberi peluang. Engineer kulit putih, mata biru jugak yang terpaling dipercayai.
Bila Engineer kita cakap, tak percaya. Tapi bila Engineer mata biru cakap. Walaupun dengar macam…”errr..macam sama je apa aku cakap tadi”. Kemain diangkat-angkat lagi geng mata biru ni.
Bila Engineer kita mintak naik gaji sikit. Macam-macam alasan diberi. Tapi bila Engineer dari luar mintak gaji puluh ribu USD, malah aku pernah tengok ratus ribu sebulan dengan scope yang sama. Macam kena pukau decision maker ni! Accept aje. Tanpa banyak soal. Yang sedihnya, decision maker ni orang kita. Rakyat Malaysia!
Tu part percaya, tak percaya.
Bila cerita pasal Engineer kita nak buat technology sendiri. Ada lah yang bunyi-bunyi..
“Ni orang dah buat”
“Tak scalable”
“Tak novel”
(Note: Tak novel = tak tulen)
Tak novel ek…Eh, kau lupa ke China pernah keluar phone jenama Sumsang, baju Abidas, selipar Riibook?
Dia orang pun start dengan ciplak-ciplak sikit. Reverse Engineering. Tapi lepas tu dia orang improve quality, improve technology. Last-last terbitlah technology novelty tadi..
Kita boleh tengok sekarang dia orang kat mana. Next question, kita pulak kat mana dalam bab technology ni? Hahaha.
Tu part nak buat technology sendiri. Part mohon dana R&D pulak..
Bila kita present idea nak dapat dana..si panel penilai kata,
“Oh ya?” (sambil buat muka nak, tak nak, dengar apa kita nak present. Dalam masa yang sama, mulut kunyah kuih koci yang disediakan time pitching session).
Atau si panel penilai akan kata…
“Kamu belum buat untung lagi, risiko sangat tinggi kalau kami nak bagi dana. Takut you tak boleh bayar balik nanti”.
Berkatalah Engineer ni dalam hati,
“Kalau aku dah untung, baik aku tak payah mintak dana ngok!”
Last-last, Engineer cerdik pandai ni makan hati.
Tak ada ruang nak groom dalam negara sendiri.
Idea dia dipandang sepi.
Dana nak develop idea tinggal dalam mimpi.
So, good bye Malaysia. I’m going to migrate.
Now siapa yang rugi?
Malas dah nak komen banyak. Korang fikirlah sendiri!
Done bebel malam-malam.
#IrARB
BACA: Aduan Pemuda Ini Mengenai Masalah Eskalator Di LRT Lima Tahun Lalu Masih Belum Selesai
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa