Loto Patuh Syariah di UAE Tawar Jackpot Sehingga RM46 Juta 2

Loto Patuh Syariah Pertama Di UAE Tawar Jackpot Sehingga RM46 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

UAE kini mempunyai loto patuh syariah pertama mereka iaitu Emirates Loto.

Sekali pandang, nampak macam salah satu skim judi kerana hadiah mingguan yang ditawarkan adalah jackpot dengan nilai 40 juta Dirham atau pun jika ditukarkan ke mata wang Malaysia membawa kepada jumlah +-RM46 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Loto, Paul Sebestyen, skim ini sama seperti skim yang terdapat di pasar raya iaitu skim barang koleksi.

“Emirates Loto bukan loteri, tetapi merupakan skim barang koleksi. Hasil jualan barang koleksi, orang ramai akan diberi peluang menyertai cabutan bertuah setiap minggu.”

Dengan harga 35 Dirham (+-RM41) sekeping, setiap tiga bulan sekali akan dikeluarkan lapan set yang baru menjadikan ianya sebagai edisi terhad.

https://www.facebook.com/emiratesloto/videos/748837609197885/?__xts__%5B0%5D=68.ARCCT_5nwwnFAUt2Epz1Id6bfBXaHiI4PG3frAAng762VVcagR5VaCcxheY83EYbBXIvLXD5lFBbgFC9QY3YGm2CRWoXljyaXdO-xcV3D5lKUVyGOpnddPWs0XctZNi26D-YFHq0mKtSo7e1lWWP4naf19R8EpyXATiZ6MTLVHZQe1MHVV7BS4tM7C9L-X1Uczr97Nm6bJxKMqMxlmfjTAlNzCRwoHpFccgOO2LQQcaDvPOFCnNCamMV4JFLA583jPxVjhXByNDGW5Nc0Z-GPNg-s-p88y07BfojoQaOTub6EQXgaBNf21tiJy3HQorhoHBxmMAT2rLHNJ_XK2wPD4DpudsQNgGy-Wk&__tn__=-R

Dengan setiap pembelian, anda boleh menyertai cabutan bertuah. Hanya enam biji bola daripada jumlah keseluruhan 49 biji akan dipilih secara rawak pada setiap hari Sabtu.

Bagi memastikan ketelusan dalam cabutan bertuah ini, tiga mesin disediakan dengan tiga set bola yang berlainan selain daripada meletakkan seorang pegawai kerajaan untuk memantau dan melakukan audit.

Loto Patuh Syariah di UAE Tawar Jackpot Sehingga RM46 Juta
Sumber: Gulf Business

Konsepnya:

  1. Jika keenam-enamnya biji bola adalah milik individu yang sama, maka hadiah jackpot akan jadi milik beliau.
  2. Jika hanya lima daripada enam biji bola tersebut adalah milik individu sama, maka beliau memenangi hingga 1 juta Dirham (+-RM1.16 juta).
  3. Jika hanya empat daripada enam biji bola tersebut adalah milik individu sama, maka beliau memenangi hingga 300 Dirham.
  4. Jika hanya tiga daripada enam biji bola tersebut adalah milik individu sama, beliau akan memasuki slot cabutan bertuah minggu hadapan secara percuma tanpa perlu membeli kad baru.
  5. Jika tiada siapa yang memenangi jackpot dalam minggu tersebut, hadiah wang tunai akan ditambah untuk minggu hadapan.

Bagaimana boleh patuh syariah?

Fatwa dari Abu Dhabi menyatakan bahawa konsep perniagaan kad untuk menyertai cabutan bertuah ini adalah berlandaskan kepada prinsip syariah.

Pembelian yang boleh dilakukan setiap minggu secara dalam talian ini tidak meletakkan had asalkan si pembeli mampu boleh digunakan untuk menyertai cabutan bertuah atau pun sekadar mahu mengumpul koleksi.

Sumber: Gulf News