Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu 3

Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda pada tahun 1951, sebelum kemerdekaan Tanag Melayu UMNO secara rasmi pernah menjadikan Loteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu cara memperbaiki keadaan kewangan masyarakat Melayu dalam tempoh antara 1940-an hingga 1960-an?

Dilancarkan secara besar-besaran buat pertama kalinya pada 15 Jun 1953 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pelaksanaan ini bertujuan bagi membela nasib orang-orang Melayu yang hidup ditindas akibat penjajahan dan keganasan komunis.

Mendapat sokongan dan persetujuan daripada majoriti ahli UMNO sebagai manifestasi untuk menuju ke arah kehidupan yang lebih baik, cetusan idea ini adalah rentetan daripada kewujudan Loteri MCA yang ada pada awal 1950-an bagi membantu kebajikan masyarakat Cina.

Semasa penganjurannya, sebanyak 200,100 helai tiket loteri telah dicetak syarikat Tye Sin Press Limited yang mana setiap satunya dijual dengan harga $1 yang hanya dibenarkan kepada ahli UMNO sahaja.

Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu 1
Sumber: Sharuddin58

Setiap ejen loteri akan menerima komisen 7% daripada harga jualan. Contohnya ejen yang berjaya menjual 100 helai tiket akan diberikan komisen sebanyak $7. Manakala untuk yang mencapai jualan sehingga 5,000 helai tiket, komisen yang diterima adalah sebanyak $350.

Hadiah yang disediakan adalah sebanyak 11 tempat iaitu tempat pertama, kedua, ketiga. keempat (dua orang) dan saguhati (enam orang) serta sah selepas dua minggu daripada tarikh cabutan.

Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu

Dan selepas tiga bulan ianya akan dibatalkan – hadiah tidak akan diberikan dan akan dimasukkan ke dalam wang perolehan Loteri UMNO Malaya. Manakala, sekiranya nombor peserta tidak terpilih, mereka diingatkan ianya adalah dianggap sebagai derma.

Semasa darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 1948, ramai orang Melayu ditangkap dan dipenjarakan kerana disyaki terlibat dengan keganasan. Namun kehidupan dalam tahanan yang terabai menyebabkan Pengerusi UMNO, Tunku Abdul Rahman mengambil pelbagai langkah untuk membantu kebajikan ahli keluarga tahanan yang terlibat.

BACA: Sukarno Tertawa Selepas Terdengar Carutan 4 Huruf Daripada Tunku Abdul Rahman

Dengan adanya skim loteri ini, mereka yang terlibat akan menggunakannya untuk membeaskan para tahanan, membeli pakaian, makanan, minuman, mengendalikan kes perbicaraan dan sebagainya.

Disebabkan skim ini banyak membantu orang Melayu, maka ianya digerakkan hampir ke seluruh negeri bagi mengisi dana kutipan tabung kebajikan UMNO seandainya berlaku kecemasan.

Loteri UMNO 1951, Skim Judi Yang Pernah ‘Dihalalkan’ Untuk Kebajikan Orang Melayu 2

Biarpun banyak membantu ornag Melayu, pengenalan Loteri UMNO 1951 ini mengundang polemik yang hebat antara para pemerintah, ahli agama, ahli politik dan orang awam. Alim ulama banyak berjumpa bagi membincangkan mengenai hukum berkaitan dengan loteri ini.

Antaranya ahli agama Mesir, Shaikh Rahman Isa selaku Pengarah Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al-Azhar, Kaherah pernah mengeluarkan fatwa bahawa jualan, pembelian dan penerimaan hadiah daripada loteri adalah diizinkan menurut hukum Islam dan tidak haram walaupun atas tujuan untuk mendapatkan hadiah.

Namun ianya mendapat kecaman hebat ulama dari Singapura, Tuan al-Shaikh bin Shaikh Balfagih yang mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Shaikh Rahman hanya pandangan beliau sahaja dan bukannya fatwa kerana loteri tetap haram di sisi Islam.

Ini kemudiannya disokong Majlis Ulama Perak kerana selaras dengan pandangan majoriti ulama di Tanah Melayu dan bertepatan dengan Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu bernombor 26 pada tahun 1953 yang menyebut loteri adalah sejenis perjudian.

BACA: Isu Judi Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah?

Keputusan muktamad kemudiannya memuktamadkan Loteri UMNO Malaya adalah haram kerana mirip dengan loteri kelab-kelab lumba kuda yang wujud pada ketika itu.

Susulan fatwa ini dikeluarkan, Setiausaha Loteri UMNO Malaya telah menghantar surat kepada Bendahari UMNO Malaya namun tidak diendahkan kerana ianya adalah salah satu sumber ekonomi UMNO.

Sumber: Abu Hanifah Jamil