
“Long Tiger Jr.” – Video Kanak-Kanak Minta Sedekah Lagak Samseng Di Jalan Raya Undang Kemarahan Netizen
“Long Tiger Jr.” – Video Kanak-Kanak Minta Sedekah Lagak Samseng Di Jalan Raya Undang Kemarahan Netizen.
Sekali sekala pasti muncul kembali topik mengenai kehadiran pengemis kanak-kanak di sekitar jalan raya sehingga menyebabkan pengguna jalan raya menjadi rimas dengan tindakan keterlaluan mereka.
BACA: Tular Video Minta Sedekah Sambil Acu Pistol Mainan, 11 Kanak-Kanak Palauh Ditahan
Terkini, tular beberapa rakaman video di media sosial yang menyaksikan seorang kanak-kanak dipercayai berbangsa Rohingya meminta sedekah di sebatang jalan raya di Kuala Lumpur.
Namun, video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kanak-kanak terbabit dilihat memarahi perakam video yang juga pengguna jalan raya di situ.
Orang ramau yang melihat klip video berkenaan beranggapan kanak-kanak berbangsa Rohingya itu sudah keterlaluan lagak samseng.
Melihat pada ruangan komen, netizen turut berkongsi kegiatan kanak-kanak ini bukan sahaja berlaku di sekitar jalan raya Cheras, malahan turut berlaku di Selayang, Ampang Point dan KLCC.
“Baru-baru ni Long Tiger, ni keluar pula Long Tiger Jr. Jangan bagi muka sangat dengan golongan ini. Ikut sejarah dia dekat Myanmar pun kita dah tahu.”
“Tak mustahil, satu hari nanti jadi taiko di negara kita.. Masih budak-budak lagi dah tunjuk muka samseng.”
“Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Call bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tak boleh tahan sebab diorang ni ada kad UNHCR.”

Senario ini dilihat tiada kesudahan kerana mungkin tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa membuatkan mereka berani bertindak kurang ajar sebegitu.
📍Cheras.
Anyone boleh SAH-kan budak2 Rohingya memang berkeliaran kat atas jalan ke? Hentak / ketuk kereta cmtu? pic.twitter.com/TyVcFi2zHC
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) January 2, 2022