Lokasi Penggambaran Dalam Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud 5

Lokasi Penggambaran Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Cold Pursuit lakonan hebat pelakon Iris-British-Amerika, Liam Neeson kembali menjadi trending di laman platform penstriman dalam talian, Netflix baru-baru ini.

Membawa watak sebagai Nels Coxman, seorang pekerja yang menggerakkan jentolak untuk membersihkan salji, Coxman secara tiba-tiba satu hari mendapat perkhabaran bahawa anak lelakinya meninggal dunia kerana terlebih dos dadah.

Tertekan dengan apa yang berlaku, Nels hampir membunuh diri namun setelah mengetahui bahawa anaknya bukanlah meninggal dunia kerana dadah tetapi kerana dibunuh kartel dadah, Nels bangkit membalas dendam dengan caranya yang tersendiri.

Lokasi Penggambaran Dalam Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud 6

Dengan latar belakang tempay yang cantik dan diliputi salji, ramai penonton tertanya-tanya sama ada benar atau tidak bandar kecil yang dipanggil Kehoe di Colorado ini wujud.

Untuk pengetahuan anda, filem ini menjalani penggambaran di Kanada – kawasan pergunungan Fortress yang terletak 600 meter dari aras laut selain daripada di Vancouver dan Fernie.

Hasil daripada menggunakan teknologi visual effects, penonton dapat menonton filem yang latar belakangnya yang memuaskan hati. Latar belakang kawasan bersalji luar biasa berasal gambar yang diambil dari Lembah Kananaskis, manakala kawasan perkuburan menggunakan lokasi Gunung Fortress dan Gusty Peak.

Malah kabin terpencil yang merupakan kediaman keluarga Nels sebenarnya tidak wujud.

Lokasi Penggambaran Dalam Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud 2

Lokasi Penggambaran Dalam Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud 3

Selain daripada itu, lokasi Lapangan Terbang Kehoe juga sebenarnya dirakamkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Canadian Rockies di Cranbrook.

Lokasi Penggambaran Dalam Filem ‘Cold Pursuit’ Sebenarnya Tidak Wujud 1