Liverpool Tundukkan Barcelona

Liverpool Buktikan Tidak Mustahil Tundukkan Juara Sepanyol

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengar sahaja nama McDonald’s, pasti semua orang tahu akan francais ini terlibat dalam pelbagai konstroversi seperti percampuran dalam kegiatan yang menolong pihak zionis dan dan macam-macam lagi. Baru-buru ini, Mcdonald’s dari Amerika Syarikat mengesahkan bahawa ,mereka akan mula menggunakan daging lembu segar berbanding daging lembu beku yang digunakan sebelum ini.

Idea untuk menukarkan jenis daging ini bermula daripada insiden Wendy’s iaitu francais yang menjual makanan segara juga ini mengejek McDonald’s yang menggunakan daging beku dalam penyediaan burger mereka pada acara Super Bowl. McDonald’s akan memulakan operasi ini dalam penyediaan menu Quarter Pounder. Kira-kira dalam sebanyak 3500 restoran Mcdonald’s di lapan bandar Amerika Syarikat termasuklah Atlanta, Charlotte, Memphis, Miami, Nashville, Orlando, Raleigh dan Bandar Salt City akan memulakan operasi ini bermula daripada awal bulan Mac.

Dalam setiap kes, pasti ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikan penggunaan daging lembu segar akan mempercepatkan proses memasak berbanding daging beku dan memuaskan hati para pelanggan. Namun, keburukan penggunaan daging lembu segar akan menggunakan kos yang lebih tinggi. “Dalam tempoh masa dua tahun lepas, kami medengar segala luahan para pelanggan McDonald’s  demi membina dan meningkatkan kualiti McDonald’s. Kami bangga dalam penggunaan daging lembu segar dalam penyediaan menu Quarter Pounder dalam kelajuan servis yang mereka mahu daripada kami.”

Namun, dalam kes ini pihak Mcdonald’s hanya menyatakan penggunaan daging lembu segar ini dalam menu Quarter Pounder sahaja tetapi tidak dalam penyediaan burger yang menggunaan daging lembu juga seperti Big Mac dan Double Cheeseburger. Para pelanggan hanya boleh mendapatkan menu Quarter Pounder yang menggunakan daging lembu segar ini sekitar Amerika Syarikat sahaja.

Kesimpulannya, penggunaan daging lembu segar dalam penyediaan menu Mcdonald’s di Malaysia masih belum digunakan. Kita mengaharapkan pihak Mcdonald boleh meningkatkan kualiti daging dan patinya para pelanggan akan berpuas hati akan servis yang disediakan.