
Lionsgate Umum Tarikh Tayangan Filem ‘The Hitman’s Wife Bodyguard’ Tahun Hadapan
Khamis lalu, pihak penerbit Lionsgate dan Millennium telah mengumumkan tarikh tayangan untuk filem sekuel The Hitman’s Bodyguard iaitu The Hitman’s Wife Bodyguard pada tahun hadapan.
Masih mengekalkan penampilan ketiga-tiga watak utama dalam filem pertama, The Hitman’s Wife Bodyguard dikatakan bakal menemui penonton pada 28 Ogos 2020.
Menampilkan genre yang sama iaitu komedi aksi, untuk sekuel ini penonton akan disajikan dengan talian persahabatan antara pengawal peribadi, Micheal Bryce (lakonan Ryan Reynolds) dengan pembunuh, Darius Kincaid (lakonan Samuel L. Jackson) semasa mereka keluar mahu menyelamatkan isteri Darius, Sonia (lakonan Salma Hayek) daripada ancaman baharu.
Masih lagi diarahkan oleh Patrick Hughes dan ditulis oleh Tom O’ Connor, anda rasa filem ini mampu mencipta sejarah seperti The Hitman’s Bodyguard yang berjaya mengutip USD177 juta dengan bajet USD30 juta?
Sumber: LAD Bible