
Lionel Messi Rangkul Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019
Penyerang utama Barcelona yang juga kapten pasukan Barcelona dan Argentina, Lionel Messi telah berjaya merangkul anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2019 dalam satu majlis anugerah gemilang bola sepak dunia di Milan.
Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ke-6 pemain tersebut selepas empat tahun berturut iaitu pada tahun 2009 hingga 2012 dan 2015 telah berjaya menaikkan nama Messi dan mengatasi pemain Juventus, Cristiano Ronaldo.
Selain keduanya, pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk turut tercalon dan ramai yang menyangka anugerah ini bakal dibawa pulang beliau namun kemenangan nampaknya lebih berpihak pada Messi.
Untuk rekod, Messi pada musim 2018/19 telah menjaringkan 54 gol dalam 58 perlawanan mewakili kelab dan negara selain membantu Barcelona dalam menjuarai La Liga Sepanyol dan membawa kelab tersebut ke pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Sumber: Astro Awani
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2TghEvHBV-/