
Lionel Messi Atlet Paling Kaya Dengan Pendapatan RM528.9 Juta
Bintang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi merupakan atlet paling tinggi dibayar dalam tempoh 12 bulan lepas dengan jumlah bayaran USD127 juta (RM528.9 juta).
Senarai 100 Atlet Termahal Dunia yang dikeluarkan oleh Forbes semalam memperlihatkan Messi berjaya menaikkan kedudukannya di tangga kedua pada tahun lepas.
Messi berjaya mendahului Ronaldo di tangga kedua dengan pendapatan USD109 juta (RM453.9 juta) yang diikuti oleh penyerang Paris St-Germain, Neymar dengan nilai USD105 juta (RM437.2 juta).
Manakala bintang tinju, Floyd Mayweather yang menduduki tempat pertama carta pada tahun lepas dengan pendapatan USD285 juta (RM1.2 bilion) dan pernah menduduki carta di kedudukan sama selama empat kali dalam masa tujuh tahun tidak berjaya mendapatkan tempat dalam senarai.
Secara keseluruhan, 100 orang atlet itu dibayar USD4 bilion (RM16.7 bilion) meningkat sebanyak 5% jika dibandingkan dengan tahun lepas. Lebih daripada separuh atlet yang tersenarai adalah dari Amerika Syarikat (62 orang) berbanding 38 orang dari 24 buah negara lain.
Berikut merupakan senarai 10 teratas Atlet Termahal Dunia pada tahun 2019:
Untuk lihat senarai penuh senarai Atlet Termahal Dunia 2019, bolehlah klik di sini.
Sumber: Forbes
Rasanya manga ini daripada zaman kecil dah ada.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
https://www.youtube.com/watch?v=cSK5FgO0KqAc
Trending now



