
Lima Tugu Tokoh Imperialis Jadi Mangsa Vandalisme Sepanjang Protes Anti Perkauman
Tak seronok rasanya bila pisau yang kita guna hari-hari untuk potong ayam, ikan, sayur, buah dan sebagainya jadi tumpul. Kerja yang sepatutnya cepat boleh jadi lambat gara-gara pisau tumpul. Bahaya bila menggunakan pisau yang tumpul ni. Boleh jadi berlaku kemalangan kecil di dapur yang tidak kita ingini. Bagaimana nak pastikan pisau sentiasa tajam untuk digunakan pada setiap hari.
Ada caranya, jom cuba amalkan tips yang kami kongsikan ini.
1. Simpan pisau di tempat kering
Selepas selesai menggunakan pisau, letakkan ia di tempat yang kering seperti dalam laci ataupun letak tempat pisau. Pastikan, pisau mata pisau dilap sehingga kering sebelum disimpan bagi mengelakkan ianya daripada berkarat.

2. Sentiasa asah mata pisau
Biaskan diri untuk mengasah pisau setiap kali ingin menggunakannya. Ini bertujuan untuk memastikan mata pisau sentiasa berada dalam keadaan yang tajam dan licin. Anda boleh cuba melumurkan minyak pada mata pisau ketika mengasahnya.

3. Gunakan pengasah yang sesuai
Biasa lihat, mak-mak kita asah pisau menggunakan lesung batu. Ianya, tidak salah namun lebih baik jika menggunakan pengasah yang bersesuaian seperti mata bulat dan panjang.
Mudah sahaja caranya untuk menjaga mata pisau agar sentiasa tajam. Lepas ni, mak-mak tak perlu lagi mengeluh dan berang bila mata pisau tumpul. Guna sahaja tips di atas, terus selesai masalah. Jika anda mempunyai tips lain boleh kongsikan bersama kami. Sharing is caring!