Negara tolak Bukit Golan

Lima Negara Eropah Tolak Resolusi Trump Iktiraf Bukit Golan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dunia dikejutkan dengan keputusan Presiden Amerika Syaikat, Donald Trump secara rasmi menandatangani pengisytiharan kedaulatan Israel ke atas Bukit Golan yang ditawan daripada Syria pada 1967.

BACA: Trump Langgar Undang-Undang Antarabangsa, Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

Keputusan itu dilihat sebagai tindakan paling jelas presiden berkenaan menyokong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sudah lama mendesak AS memberi pengiktirafan itu.

Negara tolak Bukit Golan
Sumber: RTE

Bagaimanapun, lima negara Kesatuan Eropah yang juga anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) iaitu Belgium, Britain Perancis, Jerman dan Poland, menolak keputusan Trump.

Lima negara tersebut sepakat dengan pendirian bahawa Bukit Golan kekal sebagai wilayah Syria yang diduduki Israel, sejajar dengan undang-undang antarabangsa yang termaktub dalam resolusi PBB.

Mereka turut menzahirkan kebimbangan berhubung konflik baharu yang mungkin tercetus di Timur Tengah akibat keputusan Trump itu.

Menurut pemangku jawatan duta AS, keputusan berkenaan dibuat atas dasar mahu menentang kekejaman Presiden Bashar Al-Assad dan Iran.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sedia memberi ancaman dengan melancarkan serangan terhadap tentera Hamas di Semenanjung Gaza.

Sumber: Sinar Harian