Perompak Disekolah Juruwang

Lihat Perompak Diperli Juruwang Kerana Ambil Masa Lama Untuk Merompak Tapi Hasil Dapat Sedikit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang perompak teruk dikritik secara terbuka oleh juruwang di sebuah kedai piza Little Caesars kerana teknik rompakannya yang tidak kompeten.

Menerusi rakaman video yang tular, perompak itu kelihatan agak gugup dan terkial ketika cuba merompak wang tunai di mesin wang. Pelbagai teknik digunakan termasuk memasukkan kesemua jarinya ke dalam mesin kira wang.

Namun, rompakan untuk satu mesin kira wang itu sahaja mengambil masa yang agak lama untuk dia lakukan. Disebabkan teknik rompakan yang tidak kompeten seperti pertama kali melakukan rompakan, juruwang berkenaan mengkritiknya secara terbuka.

Video berdurasi 1 minit 33 saat itu memaparkan perompak tersebut sedang cuba menggunakan batang besi kecil untuk membuka mesin kira wang. Dalam pada itu, juruwang turut membuat panggilan polis menyatakan mereka sedang dirompak tanpa diugut langsung daripada perompak.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga sedang berurusan dengan juruwang untuk membeli makana sedangkan di sebelah mereka ada perompak yang sedang memecahkan mesin kira wang.

Hasil rompakan itu, perompak hanya mendapat $60 dolar membuatkan juruwang berkenaan memerlinya.

“Itu sahajakah kau dapat? $60 je?” tanya juruwang.

Bagaimanapun, perompak itu tidak berkecil hati walaupun diperlekeh kerana teknik dan hasil rompakan yang tidak seberapa.

Menyedari bahawa mungkin cap jarinya akan menjadi bahan bukti, lalu perompak itu masuk semula ke kedai untuk menghapuskan cap jari dengan hanya mengelap menggunakan bajunya!

Perompak Disekolah Juruwang

Juruwang itu sekali memerlinya kerana walaupun cuba menghapuskan cap jari tetapi wajahnya sangat jelas dirakam kerana tidak memakai topeng. Selepas kejadian itu, juruwang kemudian memaklumkan kepada pelanggan bahawa kedai ditutup sementara kerana dirompak.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di lokasi yang tidak diketahui di Amerika Syarikat. Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan merasa geli hati dengan situasi itu.

Insiden itu dianggap adegan rompakan paling buruk dalam sejarah jenayah dengan perompak langsung tiada perancangan dan peralatan yang sebaiknya untuk merembat wang di kedai.

Cashiers at Little Caesar’s critiquing a robber from PublicFreakout

Sumber: Daily Dot

BACA: Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak