Beza lantikan tetap dan kontrak 1

Lihat Perbezaan Lantikan Kakitangan Tetap Dan Kontrak Dalam Perkhidmatan Awam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mulai tahun hadapan, lantikan baru dalam perkhidmatan awam berkemungkinan besar tidak akan dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim latihan kontrak yang ditambah baik.

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam Oktober tahun lalu yang mahukan perkhidmatan Awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan memandangkan bebanan pencen yang perlu ditanggung kini mencecah RM28 bilion.

Lantikan secara kontrak mungkin tidak akan menikmati kelebihan seperti lantikan secara tetap dan berpencen, namun faedah-faedah tersebut akan diberikan dalam inisiatif lain seperti elaun yang lebih tinggi, gaji yang lebih menarik, kebajikan dan jaminan yang lebih baik.

Jom lihat apa kelebihan dan kekurangan antara kakitangan lantikan tetap dengan kakitangan lantikan secara kontrak dalam gambar di bawah.

 

Beza lantikan tetap dan kontrak
Sumber: Facebook

Keputusan cadangan pakej skim perkhidmatan kontrak dalam perkhidmatan awam akan diputuskan mengikut kepada kemampuan kewangan kerajaan yang mana mereka menyasarkan penjimatan sebanyak RM5 bilion setahun.

Sumber: FMT

 

Siri baru The Boys papar sisi gelap adiwira.

Jom Tonton Siri Baru – The Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.