Lihat Jangkaan Tarikh Jangkitan Wabak COVID-19 Bakal Berakhir Di Negara Dunia

Singapura COVID-19

Lihat jangkaan jangkitan wabak COVID-19 bakal berakhir di dunia.

Beberapa hari lalu, Singapore University of Technology and Design (SUTD) ada menghebahkan hasil kajian mereka dalam meramalkan jangkaan penularan wabak pandemik ini akan berakhir di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Dengan menggunakan model penilaian susceptible-infected-recovered (SIR), data yang dikeluarkan oleh Data-Driven Innovation Lab ini menggunakan model yang sama dalam melakukan ramalan beberapa penyakit seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mengorbankan  349 orang di China dan 299 orang di Hong Kong pada tahun 2002 hingga 2003  dan AIDS.

Lihat Jangkaan Jangkitan Wabak COVID-19 Bakal Berakhir Di Beberapa Negara Dunia
Sumber: SUTD

Dalam kajian ini juga, mereka meramalkan dunia hanya akan pulih sepenuhnya (100%) adalah pada 8 Disember dan pada 29 Mei ini, peratusan jangkitan akan menurun kepada 97%.

Di Singapura yang menduduki tangga pertama paling banyak kes terbanyak di rantau Asia Tenggara, jangkitan ini dijangka berakhir pada peratusan penurunan sebanyak 97% pada 4 Jun, tiga hari selepas perintah kawalan pergerakan diangkat di sana.

Negara jiran Malaysia, Indonesia yang mencatatkan kes kematian paling tinggi di rantau Asia Tenggara dijangka bakal tamat pada 6 Jun, didahului oleh Itali 7 Mei, Filipina 8 Mei, Jepun 18 Mei, Mesir 19 Mei dan India pada 21 Mei.

BACA: Sistem Kasta Di India Burukkan Lagi Statistik Kematian Akibat Kebuluran Pandemik COVID-19

Antara 28 buah negara yang tersenarai, negara terlambat yang akan menyaksikan penamat kepada pandemik ini adalah Qatar iaitu pada 26 Jun, manakala yang paling awal bakal menyaksikan kadar sembuh sepenuhnya 100% adalah Australia iaitu pada 22 Mei, jauh lebih awal dari negara-negara lain.

Lihat jangkaan jangkitan berakhir di semua negara dalam senarai penuh DI SINI.

Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kini Malaysia memasuki fasa pemulihan jangkitan wabak COVID-19 susulan daripada rekod pertambahan kes baharu yang kekal di tahap dua digit sejak minggu lalu.

BACA: Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia

Bagi memastikan jangkitan masih dapat dikawal, KKM memberitahu pelan empat tindakan masih lagi perlu diteruskan iaitu:

  1. Kawalan sempadan.
  2. Kawalan pergerakan.
  3. Penjarakkan sosial.
  4. Amalan kebersihan diri.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.