
Lihat Gambar Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia Di Temerloh Yang Hampir Siap Dibina
Temerloh yang turut dikenali sebagai Bandar Ikan Patin merupakan sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang kini turut menjadi lokasi titik tengah di kawasan Semenanjung Malaysia.
Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) pada tahun 2009, titik rujukan sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan telah dialih sedikit (1 saat).
Setelah menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat emnggunakan 37,371 titik, kdudukan di dalam peta boleh dirujuk dengan koordinat:
03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627
Kawasan ini terletak di Kampung Paya Siput, Lancang yang mana ianya adalah jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dengan pacakan lima batang buluh mewakili lima rukun Islam.
Sebelum ini, ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia, namun ianya kurang tepat kerana ia sebenarnya merupakan titik rujukan pemerintah Inggeris pada zaman dahulu.
Sudah hampir siap dibina, jika anda berkunjung ke Temerloh dalam masa terdekat ini bolehlah singgah sebentar untuk melihat monumen ini.
Sumber: Vamp Malaysia, Omen Necrofis
The Boys papar siri adiwira gelap.
Jom Tonton Siri Baru – The Boys
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.