
Lihat Gaji Barisan Pelakon ‘Avengers: Endgame’ Yang Mencecah Jutaan Ringgit
Sudah lebih seminggu filem Avengers: Endgame di layar lebar seluruh dunia dan mencipta rekod pecah panggung apabila meraih jualan kira-kira RM5.9 bilion dalam tempoh lima hari tayangannya jauh lebih pantas berbanding rekod jualan Avengers: Infinity War.
Para pelakon yang menjayakan filem ini pasti gembira dengan pencapaian yang mereka peroleh dan pastinya gaji mereka semakin lumayan.
Dilaporkan, gaji bagi pelakon yang memegang watak Iron Man, Robert Downey Jr sekurang-kurangnya $75 juta dalam filem Avengers: Infinity War. Dalam filem Spider-Man: Homecoming, walaupun bukan sebagai watak utama beliau memperoleh $5 juta untuk tiga hari penggambaraan. Jika untuk filem Avengers: Endgame ini sudah pasti melebihi jumlah tersebut.

Pendapatan pelakon-pelakon lain tidak kurang hebat juga.
Scarlett Johansson yang membintangi watak sebagai Black Widow akan kembali untuk filem solonya pada tahun 2020 dianggarkan memperoleh pendapatan sebanyak $20 juta.
Manakala Chris Hemsworth menandatangani kontrak memegang watak sebagai Thor bermula tahun 2011, memperoleh pendaptan sebanyak $15-$20 juta untuk Infinity War dan Endgame.
Chris Evans sebagai Captain America bermula daripada filem sulungnya juga memperoleh pendapatan antara $15-$20 juta untuk dua filem terakhir Avengers itu.
Menurut The Hollywood Reporter, Jeremy Renner sebagai Hawkeye menghasilkan antara $2-$3juta untuk membintangi Avengers 2012. Gajinya untuk Avengers: Endgame tidak diketahui, tetapi dijangkakan beliau juga memperoleh sekitar $15 juta.
Mark Ruffalo sebagai Hulk atau Dr. Brunce Banner menghasilkan antara $2-$3 juta untuk filem The Incredible Hulk. Kemudian mendapatkan bayaran yang sama dengan Chris Evans dan Chris Hemsworth di Avengers: Infinity War, menurut The Hollywood Reporter.
Melihat kepada kejayaan 22 filem MCU setakat ini, ia memberi sinar baharu untuk filem akan datang dengan watak-watak adiwira baharu seperti Eternals yang mana salah seorangnya dibintangi oleh Angelina Jolie, Shang-Chi sebagai adiwira pertama Asian dan beberapa penambahan lagi.

Sumber: Mirror UK
“Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran.”
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
Jangan luba subcribe Youtube Odisi.