Lihat Reka Bentuk Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar 4

Lihat Dekorasi Unik Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lihat dekorasi unik rumah SpongeBob dalam dunia sebenar.

Siri animasi popular The SpongeBob Squarepants ini memang merupakan siri yang sehingga kini ditonton pelbagai lapisan umur masyarakat.

BACA: Fakta Sedih Dan Realiti Sebenar Di Sebalik Bikini Bottom Dalam Animasi SpongeBob SquarePants

Berjaya mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri, latar belakang di dasar laut ini dihiasi dengan pelbagai reka bentuk kediaman dan bagunan milik penduduk bandar Bikini Bottom.

Lihat Reka Bentuk Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar 3
Sumber: Encyclopedia SpongeBobia

Namun pernahkan anda terfikir bagaimana rupanya jika kediaman ini direalitikan dalam dunia sebenar?

Di Dominican Republic, sebuah hotel telah menjadikan rumah nanas SpongeBob sebagai konsep untuk bangunan mereka.

Dinamakan sebagai Pineapple Villa, kawasan ini merupakan salah satu bangunan di Nickelodeon Hotels & Resorts Punta Cana menggunakan imej sebiji nanas berwarna kuning yang direka mengikut perincian rumah kediaman SpongeBob.

Lihat Reka Bentuk Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar 2
Sumber: Mirror

 

Lihat Reka Bentuk Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar
Sumber: Mirror

 

Lihat Reka Bentuk Rumah SpongeBob Dalam Dunia Sebenar 1
Sumber: Mirror

Jika anda berhasrat untuk menginap di sini, kadar yang dikenakan adalah sekitar RM15,920 (USD3,800) bagi satu malam untuk empat orang dewasa dan dua kanak-kanak dengan perkhidmatan bilik 24 jam dan kolam mandi persendirian.

Terdahulu, siri animasi ini telah dianggap melanggar kod etika dan standard program kerana mengandungi aksi ganas seperti memukul muka dengan kayu, menjatuhkan bola boling di atas kepala, melontar penukul ke muka dan membaling pasu kaktus menggunakan raket oleh stesyen penyiaran di Indonesia.

BACA: ‘The SpongeBob SquarePants Movie’ Dianggap Ganas Untuk Siaran Indonesia

Susulan daripada penyiaran itu, Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) telah mengeluarkan satu surat amaran kepada stesen televisyen tempatan di Indonesia atas dakwaan menyiarkan program yang dianggap tidak sesuai.