
Lihat Cara Unik Restoran Ini Tawar Diskaun Buat Pelanggan Mereka
Lihat cara unik restoran ini tawar diskaun buat pelanggan mereka.
Bagi menarik lebih ramai pelanggan, setiap restoran perlu kreatif dalam memasarkan produk mereka. Sama ada daripada segi pengiklanan mahu pun menu-menu unik, kesemuanya menjadi faktor penentuan yang penting.
Salah sebuah restoran makanan segera di Myanmar mempunyai cara unik tersendiri bagi menarik orang ramai untuk datang menikmati makanan di kedai mereka, iaitu dengan menawarkan diskaun melalui cabaran Easy Ray.
Mana-mana pelanggan yang berjaya melalui ruangan yang disediakan akan diberikan diskaun mengikut kepada saiz halangan.
Sebagai contoh, mereka yang berjaya menembusi saiz halangan paling kecil akan diberikan kupon diskaun berjumlah 100%, diikuti dengan 20%, 10% dan 5%.
Susulan pandemik wabak covid-19 yang sedang melanda dunia, penduduk dunia sentiasa diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Melihatkan masih ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal, satu kumpulan saintis telah menjelaskan secara ringkas ‘lihat bagaimana sistem penyaman udara di sebuah restoran mampu menyebarkan virus COVID-19’.
Dalam satu artikel yang diterbitkan di jurnal Emerging Infectious Diseases berdasarkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), penemuan mereka ini telah memberikan implikasi besar kepada kepentingan pembaharuan sistem operasi di restoran dan kedai-kedai makan yang akan menjalankan operasi selepas dibenarkan meneruskan perkhidmatan apabila perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan berakhir.
BACA: Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19
Trending now



