Lihat Cara Sempoi Lelaki Ini Keluar ‘Parking Like A Pro’

Lihat cara lelaki ini keluar parking like a pro.

Mungkin semua orang boleh memandu, tapi tak semua mampu menguasai teknik memarkir kenderaan dengan baik dan like a pro.

BACA: Pecut Dengan Kelajuan 308KM/J, Kereta Dan Lesen Memandu Remaja Digantung

Jika dahulu tularnya video yang menguji kesabaran setiap yang menonton kerana tidak dapat keluar dari kotak parkir biarpun beliau hanya perlu mengundur secara lurus, dua hari lalu tular pula video yang memaparkan gelagat santai seorang lelaki keluar daripada kawasan sempit yang bukannya merupakan kotak parkir.

Tonton video di bawah.

Pro

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Monday, September 7, 2020

Daripada video tersebut dapat dilihat lelaki tersebut sememangnya seorang pemandu yang profesional apabila mampu masuk dan keluar dari kawasan tebing tanpa penghadang tersebut biarpun saiz kenderaannya agak besar.

Sambil-sambil cakap telefon boleh lagi putar stereng.

Lihat Cara Lelaki Ini Keluar ‘Parking Like A Pro’ 1

Hanya perlukan beberapa kali percubaan mengubah posisi kereta, lelaki tersebut berjaya keluar dari petak tersebut tanpa mengambil masa yang lama.

Lihat Cara Lelaki Ini Keluar ‘Parking Like A Pro’ 2

Rata-rata netizen yang menonton menyuarakan kekaguman mereka kepada lelaki tersebut. Malah ada yang secara bergurau meninggalkan komen mahu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan memasukkan ujian parkir sebegini dalam ujian lesen memandu.

Kalau anda perasan, lelaki dalam video berkenaan ada meletakkan dua botol minuman di kawasan tepi penghadang kawasan tersebut.

Lihat Cara Lelaki Ini Keluar ‘Parking Like A Pro’

Ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi sebenar botol tersebut. Ada yang berspekulasi ianya adalah sebagai penanda aras untuk tebing supaya beliau tidak terbabas mengundur sehingga boleh menyebabkan kenderaan terjatuh.

Berbeza pula dengan video ini. Memang boleh hilang sabar dibuatnya.