Kehadiran Penuh Terima Hadiah Luar Biasa 1

Lihat Cara Kreatif Sekolah Ini Beri Ganjaran Untuk Pelajar Berkehadiran Penuh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah terbayang tak anda akan menerima hadiah luar biasa kerana hadir penuh ke sekolah?

Luar biasa dalam makna ianya adalah selain daripada wang tunai mahu pun aksesori alat tulis mahu pun buku?

Atau pun ada seorang yang gemar memonteng sekolah dan tidak pernah sekali pun menerima anugerah kehadiran penuh?

Masalah ponteng sekolah merupakan sesuatu yang seakan biasa dalam kalangan pelajar sehinggakan ada antara mereka yang ketinggalan dalam pelajaran.

Namun sekolah ini ada cara tersendiri bagi mengatasi masalah ini.

Menggunakan cara kreatif iaitu memberikan ganjaran yang bukan sedikit nilainya, SMK Batu Laut, Selangor sanggup mengeluarkan belanja (sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta guru-guru) demi merangsang kehadiran penuh anak muridnya ke sekolah.

Perkara yang dikongsikan oleh salah seorang pelajar melalui ciapan di Twitter ini telah mendapat lebih 16,800 ulang ciap dan 17,300 sukaan.

https://twitter.com/aaqlyma/status/1198008699584860160

Dijalankan di bawah Program Ponteng Sifar (PROPONSIF), pelajar yang mendapat tempat pertama kehadiran penuh mendapat hadiah sebuah motosikal, manakala di tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menerima pakej percutian ke Langkawi dan sebuah televisyen.

Kehadiran Penuh Terima Hadiah Luar Biasa

Kehadiran Penuh Terima Hadiah Luar Biasa 2

Kehadiran Penuh Terima Hadiah Luar Biasa 3

Pemenang ini merupakan pemenang yang dipilih berdasarkan undian cabutan bertuah daripada kesemua pelajar yang berada dalam senarai kehadiran 100% dan ketiga-tiga ini merupakan hadiah utamanya, manakala yang lainnya akan menerima peralatan persekolahan.

https://www.instagram.com/p/B5JnEJRguAB/

Bertuah kan? Kalaulah semua sekolah melakukan inisiatif sebegini, memang setiap hari penuh kehadiran murid di sekolah!

 

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.