Lihat Cara China Tangani Keperluan Rakyat Meskipun Dalam Keadaan Perintah Kuarantin

Sumber: Moneycontrol

Menjadi pusat penyebaran wabak koronavirus yang sudah merebak ke 157 buah negara dan sebuah kapal persiaran Diamond Princess, kes penularan jangkitan di China kini dilihat semakin berkurangan. Mengamalkan perintah berkurung sejak akhir Januari lalu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara kerajaan China tangani masalah ini dan rakyat mereka masih boleh meneruskan kehidupan mereka.

Cara China Tangani

Miliki populasi penduduk sekitar 1.4 bilion, lebih 800,000 penduduk China melakukan kuarantin secara sendiri (self-quarantine) di Beijing.

Penghantar makanan di China masih lagi bertugas, sama juga seperti pekerja restoran yang menerima pesanan secara dalam talian, namun penghantaran akan diadakan secara contactless; barang akan diletakkan di kawasan tertentu untuk penerima mengambil sendir tanpa perlu berjumpa.

Bukan itu sahaja, malah kelonggaran diberikan dengan tidak memotong elektrik, gas dan internet bagi memastikan bandar beroperasi seperti sebelumnya sebagai salah satu cara kerjaan China tangani penularan ini.

Boleh tengok mcmana Kerajaan China manage food supply utk kawasan terjejas.Boleh ikut jika keadaan jadi mcm depa.

Posted by Yusof Ishak on Sunday, March 15, 2020

China kali ini lebih telus dalam menangani wabak koronavirus berbanding dengan cara kerja mereka menangani wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) yang melanda pada tahun 2003 lalu.

Sejak awal penularannya, China juga telah berjaya membina hospital khas untuk menempatkan pesakit yang terkena jangkitan wabak koronavirus dalam tempoh masa yang singkat.

BACA: China Siap Bina Hospital Koronavirus Kedua Dalam Tempoh 8 Hari

Jadi jika Malaysia sendiri akan dilockdown, adakah kita sebagai rakyat Malaysia perlu panik?

Jangan risau, jika Malaysia mengikuti langkah seperti China, masalah tidak akan berlaku. Tetapi yang penting individu itu sendiri perlu ada kesedaran untuk melakukan self-quarantine dan mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan tumpuan.

BACA: ‘LockDown’: Ini Yang Akan Berlaku Jika Sebuah Negara Kuat Kuasa Perintah Berkurung

Setakat petang ini, Malaysia sudah mencatatkan peningkatan secara mendadak iaitu sebanyak 125 kes yang mana 95 daripadanya berkait dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. 12 pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 42 yang lain sudah disahkan sembuh dan boleh discaj keluar.

COVIDー19 Ringkasan situasi terkini di Malaysia, 16 Mac 2020. KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, March 16, 2020

Susulan dengan peningkatan ini, Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan agar semua perhimpunan dibatalkan atau ditangguhkan sehingga 30 April dan ini termasuklah mesyuarat antarabangsa, acara sukan, acara sosial dan keagamaan.