
Lihat Cabaran Tetris Versi ‘Unboxing’ Abang Posmen Sempena Hari Pos Sedunia Esok
Setiap 9 Oktober, dunia akan meraikan khidmat abang posmen yang telah bersusah payah mengerah tenaga dalam memberikan yang terbaik buat pengguna perkhidmatan pos.
Hari yang diumumkan oleh Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Tokyo, Jepun pada tahun 1969 ini bersempena dengan penubuhan Universal Postal Union pada tahun 1874 di Switzerland.
Tahukah anda, pada setiap hari, abang posmen kita yang segak menggayakan baju seragam berwarna merah putih ini secara puratanya telah membawa 400 keping surat, 20 surat berdaftar dan 10 bungkusan kecil?
Oleh itu, sempena meraikan Hari Pos Sedunia atau World Post Day esok, satu tanda pagar #tetrischallenge telah dilancarkan bagi menghargai usaha mereka yang setia dan amanah dalam menjalankan khidmat sebagai posmen.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Pos Malaysia telah berjaya merangkul Anugerah Emas bagi Perkhidmatan Mel Ekspres Antarabangsa (EMS) serta pencapaian Level A-Star bagi Pengurusan Kualiti Perkhidmatan Mel Antarabangsa yang diterima di Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Instanbul baru-baru ini.
Bagi menyatakan penghargaan, apa salahnya jika anda mengucapkan terima kasih di atas setiap barangan yang diterima bagi menaikkan lagi semangat mereka untuk meneruskan tugasan yang amat mencabar fizikal dan mental ini.
Jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #tqabangposmen di hantaran media sosial anda. Terima kasih abang posmen!
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VkmKyDg6R/
Trending now



