Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19 2

Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam satu artikel yang diterbitkan di jurnal Emerging Infectious Diseases berdasarkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), saintis di Guangzhou menjelaskan secara ringkas ‘lihat bagaimana sistem penyaman udara di sebuah restoran mampu menyebarkan virus COVID-19’.

Lihat Bagaimana Sistem Penyaman Udara Restoran Mampu Menyebarkan Virus COVID-19
Sumber: Business Insider

A1 dalam rajah di atas pada mulanya hanya satu-satunya individu yang menghidap wabak pandemik ini, namun telah menjangkiti sembilan yang lain disebabkan oleh lokasi penyaman udara meniupkan udara di sekitar bilik.

Walaupun lokasi meja berjarak satu meter, disebabkan adanya penyaman udara, virus COVID-19 yang boleh disebarkan melalui titisan (droplets) atau partikel berat (heavy particle) yang dalam situasi normal tidak akan terapung dalam jarak satu meter akan mampu bertahan.

Lihat bagaimana virus COVID-19 disebarkan oleh lokasi penyaman udara

Kunci utama penyebaran adalah disebabkan oleh penghantaran yang didorong daripada sistem pengudaraan penyaman udara. Aliran udara yang kuat dari penyaman udara menyebarkan titisan dari meja C ke meja A sebelum ke meja B dan kembali semula ke meja C.

Penemuan ini telah memberikan implikasi besar kepada kepentingan pembaharuan sistem operasi di restoran dan kedai-kedai makan yang akan menjalankan operasi selepas dibenarkan meneruskan perkhidmatan apabila perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan berakhir.

BACA: Lihat Jangkaan Tarikh Jangkitan Wabak COVID-19 Bakal Berakhir Di Negara Dunia

Disebabkan itu jugalah, saintis tersebut turut menyarankan agar restoran dan kedai makan menambah lagi jarak antara meja dan menaik taraf sistem pengudaraan supaya jangkitan penularan dapat diminimumkan sebaiknya.

Veteran Perang Dunia Bebas COVID-19
Sumber: Reuters

Tidak dinafikan, selepas daripada perintah berkurung mahupun perintah kawalan pergerakan ‘diangkat’ dari negara mahu pun dunia, masyarakat tidak akan mampu kembali kepada kehidupan normal mereka dalam satu tempoh masa yang lama.

BACA: Hidup Tidak Akan Kembali Sediakala Selagi Vaksin COVID-19 Belum Ditemui – Saintis

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jka anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Business Insider