
Lihat Bagaimana Polis ‘Ajar’ Pemandu Mumbai Yang Suka Bunyikan Hon
Segelintir pengguna jalan raya mempunyai sikap tidak sabar dalam pemanduan. Lampu isyarat baru sahaja bertukar hijau, ada sahaja yang membunyikan hon.
Hal ini sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna jalan raya di Mumbai. Berdasarkan statistik, pemandu Mumbai menghidupkan hon sebanyak 18 juta kali dalam masa satu jam dan purata seorang sahaja memberikan hon sebanyak 48 kali sehari.
Seolah-olah hon adalah salah satu peraturan bagi mereka di laluan jalan raya. Bayangkan, betapa bisingnya suasana atas jalan raya dengan kerenah masing-masing yang enggan mengalah.
Disebabkan itu, polis Mumbai telah menemui cara bagi mengajar pengguna jalan raya di situ agar tidak membunyikan hon kenderaan mereka terutama di persimpangan lampu isyarat.
Mereka memasang satu mesin pengukur bunyi yang dipanggil sebagai ‘The Punishing Signal’. Mesin ini akan mengukur tahap kebisingan hon dan sekiranga melebihi paras 85 desibel (dB), lampu isyarat merah akan kembali kepada masa asal iaitu 90 saat.
Semakin banyak bunyi hon dikeluarkan, semakin lama perlu menunggu lampu isyarat menyebabkan mereka tersekat dalam trafik.

Keliru dengan apa yang berlaku, pemandu keluar daripada kereta dan memarahi antara satu sama lain meminta henti bunyikan hon. Langkah yang dibuat oleh pihak polis Mumbai hanyalah cubaan awal, namun dilihat sangat berkesan bagi mengajar sikap penunggang dan pemandu jalan raya.
Melihat ia berkesan, mereka turut berhasrat untuk melakukan ke atas bandar lain seperti Bengaluru dan Hyderabad dalam masa terdekat.
Horn not okay, please!
Find out how the @MumbaiPolice hit the mute button on #Mumbai’s reckless honkers. #HonkResponsibly pic.twitter.com/BAGL4iXiPH— Mumbai Police (@MumbaiPolice) January 31, 2020
Sumber: The New York Times
Trending now



