Lihat Bagaimana Google Voice Typing Bantu Anda Siapkan Tugasan Dengan Lebih Cepat Tanpa Perlu Menaip

Sumber: Keno Alordiah

Pernah dengar tentang Google Voice Typing? Jom lihat bagaimana Google Voice Typing boleh membantu anda dalam menyiapkan tugasan dengan lebih pantas.

Merupakan satu alat (tool) yang membantu individu yang mengalami gejala malas untuk menaip tugasan mereka, ianya sangat efektif terutamanya untuk mereka yang bergelar pelajar.

Bertindak sebagai satu bentuk bantuan yang mentranskripkan percakapan individu kepada bentuk tulisan, berikut adalah cara untuk menggunakannya.

1. Bina satu Google Doc

2. Klik TOOL dan pilih VOICE TYPING

Lihat Bagaimana Google Voice Typing Bantu Anda Siapkan Tugasan Dengan Lebih Cepat
Sumber: How To Geek

3. Pilih bahasa dan klik pada ikon mikrofon untuk mulakan tugasan.

Lihat Bagaimana Google Voice Typing Bantu Anda Siapkan Tugasan Dengan Lebih Cepat 1
Sumber: How To Geek

Membantu memudahkan tugasan terutamanya buat mereka yang sedang menyiapkan tesis, Google Voice Typing merupakan alat yang disediakan Google secara percuma yang boleh digunakan untuk Google Docs, Google Slides dan beberapa lagi aplikasi Google secara dalam talian.

Turut boleh dimuat naik pada peranti Android, lihat bagaimana Google Voice Typing ini digunakan di pautan video di bawah:

Terdahulu, Google juga telah menyediakan satu solusi kepada isu penciplakan yang sering berlaku dalam industri pendidikan negara.

Jika sebelum ini ada beberapa aplikasi yang boleh mengenal pasti plagiat dalam tugasan pelajar seperti Turn-It-In, kali ini para pensyarah atau pendidik boleh menggunakan Google Assignments yang merupakan satu perisian kemas kini (sebelum ini CourseKit) bagi mengenal pasti sama ada tugasan pelajar yang dihantar benar-benar dirujuk dan bukannya ditiru secara bulat-bulat daripada mana-mana pihak.

Sumber: How To Geek