4 Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19

Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lihat bagaimana Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol menguruskan mayat mangsa COVID-19.

Menjadi tiga buah negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 paling banyak di dunia, Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol terpaksa berdepan dengan lambakan mayat mangsa korban wabak berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Amerika Syarikat mencatatkan 1,314 kematian manakala Itali dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 766 dan 850 kes menjadikan kes keseluruhan di 205 buah negara dan dua kapal persiaran (Diamond Princess – Jepun, MS Zaandam – Amerika Syarikat) sudah secara rasminya mencecah satu juta semalam.

Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19
Setakat pagi 4 April.

Disebabkan berlakunya peningkatan kes kematian di ketiga-tiga buah negara ini, lambakan mayat mangsa korban COVID-19 menjadi sukar untuk diuruskan.

Untuk pengetahuan anda, pengurusan mayat mangsa COVID-19 yang sudah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 12 Mac lalu memerlukann satu sistem yang tertentu seperti korban mangsa wabak ebola kerana virus masih lagi hidup di badan mayat sehingga beberapa hari.


https://twitter.com/HasrulRizwan/status/1239560317115314176

Lihat bagaimana ketiga-tiga buah negara ini menguruskan lambakan mayat yang ada:

Amerika Syarikat

Kerana terlalu banyak yang terkorban, Amerika Syarikat terpaksa menjadikan trak sejuk beku sebagai bilik mayat sementara bagi menempatkan mayat COVID-19 yang semakin meningkat bilangannya; dalam tempoh tujuh jam, 100 disahkan maut.

2 Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19
Sumber: News Tribune

BACA: Pakar Jangka 2.2 Juta Rakyat Amerika Syarikat Akan Maut Akibat COVID-19

Tidak sahaja berdepan dengan masalah kekurangan penempatan mayat, malah kekurangan kakitangan perubatan dalam merawat pesakit COVID-19 juga menjadi kekangan terbesar yang dihadapi bukan sahaja oleh Amerika Syarikat tetapi juga negara-negara dunia yang lain.

Di salah sebuah bandar di kawasan barat Amerika Selatan, Ecuador pula terpaksa membiarkan mayat bergelimpangan di atas jalan. Dibalut dengan menggunakan plastik, kesemua mayat berkenaan merupakan mayat yang tidak dituntut oleh waris. Ecuador hampir lumpuh susulan penularan dalam skala besar berlaku di kawasan barat Amerika Selatan.

1 Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19
Sumber: KPBS

Itali

Di Milan, kerajaan bandar terpaksa pengumumkan penutupan krematorium (tempat pembakaran mayat) utama mereka sepanjang bulan ini susulan daripada lambakan mayat yang maut akibat dijangkiti COVID-19.

BACA: Sikap Acuh Tak Acuh Rakyat Itali Punca Wabak Covid-19 Merebak Pantas

Menjadi pusat penularan COVID-19, majlis bandar raya memberitahu mayat sedia ada perlu menunggu sehingga 20 hari untuk dibakar. Bakal menimbulkan masalah kebersihan sekiranya mayat dibiarkan lama dari tempoh berkenaan, mereka akhirnya mengambil keputusan menutup pintu krematorium utama mereka.

3 Lihat Bagaimana Amerika Syarikat, Itali Dan Sepanyol Urus Lambakan Mayat Korban COVID-19

Mencatatkan jumlah kematian tertinggi di dunia iaitu 14,681, Itali mengalahkan Amerika Syarikat sebagai negara paling banyak mencatatkan kes positif di dunia yang cuma memiliki kes kematian separuh dari Itali.

Malah petugas kesihatan terpaksa memilih untuk membiarkan warga emas yang dijangkiti COVID-19 berhadapan dengan kematian bagi merawat pesakit yang lebih muda. Langkah kejam ini terpaksa diambil berikutan terlalu banyak pesakit yang perlu mereka rawat di sana.

Sepanyol

Selepas berlakunya rundingan antara kerajaan Madrid, ketua tentera Sepanyol dan pegawai bandar raya, kesemuanya bersetuju menukarkan sebuah kompleks hiburan popular iaitu kompleks luncur ais sebagai rumah mayat buat sementara waktu berikutan kes yang semakin meningkat di sana.

Telah memasuki perintah berkurung lanjutan hampir di seluruh Sepanyol, masih ada kumpulan individu yang menganjurkan parti termasuklah parti seks.