
Lihat Apa Yang Akan Berlaku Pada Dunia Jika Matahari Mati
Lihat apa yang akan berlaku pada dunia jika matahari mati.
Matahari sangat berperanan dalam memastikan kesinambungan spesis bumi untuk terus hidup. Namun pernahkah anda terfikir pada suatu hari nanti matahari akan mati?
Kejadian ini dikatakan akan berlaku lima bilion tahun dari sekarang. Matahari mati disebabkan ia kehabisan bahan bakar di bahagian dalamnya yang akan menghentikan tindak balas termonuklear dalaman yang membolehkannya bercahaya.
Apa yang akan berlaku jika matahari mati?
Tanpa matahari, planet akan bergerak lurus di ruang angkasa dan ini membawa kepada kemungkinan besar pelanggaran planet-planet ini dengan objek-objek lain di angkasa lepas disebabkan tiada lagi daya tarikan graviti oleh matahari (lapan minit selepas kehilangan matahari) yang menyebabkan setiap planet dalam sistem solar bergerak pada orbitnya.
Ini apa akan berlaku pada suatu hari nanti apabila Matahari mati. Tapi sebelum mati pun, Bumi dah mati dulu ditelan oleh Matahari ketika Matahari bertukar menjadi Gergasi Merah pada 5 bilion akan datang. pic.twitter.com/LoYD7mUAi2
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) September 1, 2020
Permukaan matahari yang menghasilkan pembakaran tidak lagi akan menghasilkan cahaya menjadikan keseluruhan bumi menjadi gelap. Dijangka dalam masa sembilan minit selepas kehilangan matahari, bumi akan menjadi gelap gelita.
Bukan itu sahaja, tiada lagi bulan yang bercahaya kerana tiadanya pantulan cahaya daripada matahari malah suhu bumi juga akan turun secara mendadak dan boleh membawa kepada terjadinya banyak kematian hidupan di bumi seterusnya terpupuslah kita semua dari dunia ini.
Tahukah anda juga, dalam sistem suria, planet Uranus merupakan planet paling busuk jika dibandingkan dengan planet-planet lain kerana mempunyai bau macam kentut?
BACA: Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria
Pada tahun 2018, penyelidik University of Oxford mendapati Uranus merupakan rumah kepada awan yang berbau seperti kentut (fart-smelling clouds). Penemuan awan hidrogen sulfida yang telah merebak ke bahagian atas atmosfera Uranus itu dikenal pasti melalui teleskop Gemini North yang terletak di Hawaii.
Sumber: EarthSky
Trending now



