
Lihat Apa Respon Syed Saddiq Selepas Dikritik ‘Atuk’ – Parti Anak Muda Tak Akan Berjaya
Lihat apa respon Syed Saddi selepas dikritik Atuk parti anak muda beliau tidak akan berjaya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini secara terbuka mengkritik penubuhan parti anak muda oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan berjaya.
BACA:Β Proton Perdana Milik Tun M Ditemui Dalam Satu Bangunan Terbengkalai Di UK
Pada beliau, setiap parti politik harus mempunyai gabungan orang tua dan orang muda biarpun peratusan orang muda dalam pengundian adalah besar kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi untuk mereka memenangi sesebuah kawasan.

Kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini kemudiannya mendapat respon daripada tuan punya badan.
Lihat apa respon Syed Saddiq
Syed Saddiq dalam satu ciapan di Twitternya mengucapkan terima kasih kepada Tun M di atas kritikan tersebut dan menerimanya dengan hati terbuka.
Terima kasih Tun.
Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka.
This is a party led by Youths FOR ALL MALAYSIANS.
Majoriti yang akan memimpin adalah golongan teknokrat, profesional, usahawan, Petani moden, civil society leaders dll
We may be Young, but we love Malaysia π²πΎπͺπ» https://t.co/YnDljlVAtU
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 3, 2020
Syed Saddiq yang pernah menjadi orang kuat di belakang Tun M mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bahawa beliau tidak akan menyertai parti baharu yang ditubuhkan Tun M iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebaliknya akan menubuhkan satu lagi parti baharu yang membawa suara rakyat khususnya daripada golongan anak muda.
BACA: Sudah Tiba Masanya Politik Bukan Dimonopoli Orang Sama – Syed Saddiq Mahu Tubuh Parti Baharu
Syed Saddiq memilih untuk jalan yang berbeza daripada bekas Perdana Menteri itu setelah secara terbuka menyatakan pada 7 Julai bahawa beliau tidak akan lagi mencabar pemecatannya dari Bersatu.