Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back-In’ 3

Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back In’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Parkir secara back in boleh jadi punca anda di saman di sesebuah negara? Tahukah anda parkir secara back-in di sesetengah kawasan Amerika Syarikat boleh menyebabkan anda disaman pihak berkuasa?

BACA: Lihat Cara Sempoi Lelaki Ini Keluar ‘Parking Like A Pro’

Ya, inilah yang akan berlaku di Sarasota, Florida. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ross Creation telah disaman pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaannya secara back-in.

Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back-In’
Sumber: RossCreation

Beliau kemudiannya telah melakukan sesuatu yang ‘mencabar’ undang-undang tersebut dengan melakukan modofikasi pada kenderaannya, iaitu bahagian belakang kereta dibuang dan digantikan dengan bahagian hadapan.

Lihat Apa Lelaki Ini Lakukan Selepas Disaman Kerana Parkir Secara ‘Back-In’ 1
Sumber: RossCreation

Ross kemudiannya memakir semula kereta baharunya di kawasan tersebut dan bersembunyi untuk merakam reaksi pegawai penguatkuasa tersebut selepas melihat inovasi yang dilakukannya.

Tonton video penuh di bawah:

Untuk pengetahuan anda, peraturan saman gara-gara parkir secara back in ini dibuat adalah dengan tujuan keselamatan dan kecekapan operasi pihak penguat kuasa bagi memastikan kenderaan yang diletakkan di kawasan lot parkir bandar, jalan dan sebagainya mempunyai lesen yang sah.

Sebelum ini, seorang lelaki menjadi tumpuan netizen dunia selepas secara sempoi keluar parking like a pro apabila mampu masuk dan keluar dari kawasan tebing tanpa penghadang tersebut biarpun saiz kenderaannya agak besar.

Hanya perlukan beberapa kali percubaan mengubah posisi kereta, lelaki tersebut berjaya keluar dari petak tersebut tanpa mengambil masa yang lama.

Rata-rata netizen yang menonton menyuarakan kekaguman mereka kepada lelaki tersebut. Malah ada yang secara bergurau meninggalkan komen mahu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan memasukkan ujian parkir sebegini dalam ujian lesen memandu.

Bercerita soal parkir, anda mesti tidak boleh tinggalkan kes double park.

Satu video yang tular dimuat naik pada Jumaat lalu menunjukkan seorang wanita yang berang kena double park telah memecahkan cermin kereta Kancil yang menghalang laluannya dengan menggunakan objek yang dipercayai berupa seperti bata.

Menurut portal Ask Legal, jika anda tanpa sengaja telah melanggar kenderaan yang melakukan double park, kesalahan tetap dijatuhkan kepada anda juga akhirnya.

Nak senang, hubungi terus majlis perbandaran tempatan atau polis trafik supaya kenderaan tersebut boleh ditunda. Biarpun ramai yang risau tindakan yang diambil akan mengambil masa yang lambat, orang awam tidak seharusnya bertindak sendiri dan harus memberi ruang kepada pihak penguatkuasa untuk menjalankan tugas.